Connect with us

Antarabangsa

‘The Little Mermaid’ dikritik tidak guna jurusolek LGBTQ bagi watak Ursula

Seorang jurusolek bagi salah satu watak di dalam filem The Little Mermaid dikritik beberapa ratu pondan (drag queen).

Wartawan TMT

Published

on

‘The Little Mermaid’ dikritik tidak guna jurusolek LGBTQ bagi watak Ursula
Foto: Poster filem The Little Mermaid (kiri).
  • Seorang jurusolek bagi watak Ursula di dalam filem The Little Mermaid, Peter King dikritik beberapa ratu pondan (drag queen).
  • Mereka mempersoalkan mengapa Disney tidak menggunakan khidmat jurusolek dari kalangan komuniti LGBTQ bagi menatarias watak itu.
  • “Saya rasa itu sangat menyinggung perasaan. Mengapa saya tidak boleh melakukan kerja sebaik jurusolek queer?”
  • Filem The Little Mermaid merupakan filem pembikinan semula daripada filem animasi dihasilkan pada 1989 dengan judul sama dan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 25 Mei lalu.

Seorang jurusolek bagi salah satu watak di dalam filem The Little Mermaid dikritik beberapa ratu pondan (drag queen).

Memetik laporan Huffpost, mereka mempersoalkan mengapa Disney tidak menggunakan khidmat jurusolek dari kalangan komuniti LGBTQ bagi menatarias watak Ursula.

Jurusolek berkenaan, Peter King yang pernah merangkul anugerah Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik Oscar itu bagaimanapun menepis kritikan terhadap hasil kerjanya

“Saya rasa itu sangat menyinggung perasaan. Mengapa saya tidak boleh melakukan kerja sebaik jurusolek queer?” kata Peter.

“Itu mengarut. Mereka cuba menuntutnya, tidak mengapa jika itu yang mereka mahu lakukan, tetapi jangan memperkecilkan orang lain kerana tidak menjadi seperti yang mereka mahukan,” katanya.

Kritikan itu tercetus selepas Disney berkongsi klip video menunjukkan proses menatarias watak ahli sihir laut yang dilakonkan Melissa McCarthy.

Video itu kemudian diulang ciap beberapa ratu pondan yang mendakwa kecewa dengan hasil kerja Peter terhadap Melissa memandangkan watak Ursula dikatakan diinspirasikan daripada seorang ratu pondan.

Peter mempertahankan hasil kerjanya mengatakan yang solekannya terhadap Melissa tidak berlandaskan mana-mana ratu pondan sekalipun.

Filem The Little Mermaid merupakan pembikinan semula daripada filem animasi dihasilkan pada 1989 dengan judul sama dan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 25 Mei lalu.

Kontroversi juga tercetus di awal pembikinannya apabila Halle Bailey, seorang pelakon berkulit hitam dipilih memegang watak utama, Ariel yang digambarkan berkulit putih di dalam animasi asal.

Sumber: Huffpost

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending