Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel tembak mati rakyat Palestin di Tebing Barat

Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin dalam satu serbuan di Tebing Barat yang diduduki, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera Israel tembak mati rakyat Palestin di Tebing Barat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin dalam satu serbuan di Tebing Barat yang diduduki, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
  • Ashraf Mohammed Ibrahim, 37, ‘ditembak oleh tentera Israel’ di bandar utara Jenin, kata kementerian itu.
  • Ibrahim adalah seorang pegawai dalam perkhidmatan perisikan Palestin, menurut agensi berita rasmi Palestin Wafa.
  • Tentera Israel berkata ‘suspek melepaskan tembakan dengan kuat ke arah tentera, yang bertindak balas dengan tembakan ke arah lelaki bersenjata’ ketika serbuan di Jenin.

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang lelaki Palestin dalam satu serbuan di Tebing Barat yang diduduki, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Ashraf Mohammed Ibrahim, 37, ‘ditembak oleh tentera Israel’ di bandar utara Jenin, kata kementerian itu.

Ibrahim adalah seorang pegawai dalam perkhidmatan perisikan Palestin, menurut agensi berita rasmi Palestin Wafa.

Tentera Israel berkata ‘suspek melepaskan tembakan dengan kuat ke arah tentera, yang bertindak balas dengan tembakan ke arah lelaki bersenjata’ ketika serbuan di Jenin.

“Selain itu, suspek membaling bahan letupan ke arah pasukan,” tambah kenyataan tentera itu.

Enam orang ditahan di Jenin, menurut kumpulan penyokong tahanan Palestin.

Tentera Israel kerap melakukan serbuan di Tebing Barat, yang diduduki oleh Israel sejak Perang Enam Hari 1967.

Advertisement

Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh di Jenin dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk kedua-dua kanak-kanak bawah umur dan pejuang.

Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 155 rakyat Palestin, 20 warga Israel, masing-masing seorang warga Ukraine dan Itali terbunuh dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin, menurut pengiraan AFP yang disusun daripada sumber rasmi.

Angka itu termasuk pejuang serta orang awam dan di pihak Israel, tiga anggota minoriti Arab.

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending