Connect with us

Antarabangsa

Telefon jatuh ketika swafoto, Pegawai kerajaan India arah empangan dikeringkan

Seorang pegawai kerajaan digantung tugas selepas dia mengarahkan sebuah empangan dikeringkan sepenuhnya bagi mencari telefonnya yang hilang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Telefon jatuh ketika swafoto, Pegawai kerajaan India arah empangan dikeringkan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pegawai kerajaan digantung tugas selepas mengarahkan sebuah empangan dikeringkan sepenuhnya bagi mencari telefonnya yang hilang.
  • Para petugas mengambil masa selama tiga hari untuk mengeringkan empangan tersebut selepas Rajesh Vishwas menjatuhkan telefonnya ketika mengambil swafoto.
  • Vishwas memaklumkan, dia terpaksa berbuat demikian kerana telefon tersebut mengandungi data kerajaan yang sensitif dan perlu disimpan.
  • Insiden itu berlaku di Empangan Kherkatta di negeri Chhattisgarh.

NEW DELHI: Seorang pegawai kerajaan digantung tugas selepas dia mengarahkan sebuah empangan dikeringkan sepenuhnya bagi mencari telefonnya yang hilang.

Para petugas mengambil masa selama tiga hari untuk mengeringkan empangan tersebut selepas Rajesh Vishwas menjatuhkan telefonnya ke dalamnya ketika mengambil swafoto.

Ketika ditemukan, telefon itu sudah pun dimasuki air dan tidak boleh lagi berfungsi.

Vishwas memaklumkan, dia terpaksa berbuat demikian kerana telefon tersebut mengandungi data kerajaan yang sensitif dan perlu disimpan.

Namun, dia didakwa kerana menyalahgunakan kuasa.

Insiden itu berlaku di Empangan Kherkatta di negeri Chhattisgarh.

Mulanya, Vishwas mengupah khidmat penyelam untuk mencari telefonnya, namun gagal sebelum dia membuat keputusan untuk mengeringkan air dalam empangan tersebut.

Katanya, dia sudah memperoleh kebenaran untuk melakukan tindakan tersebut dan mengalirkan air yang dipam ke saliran air berhampiran.

Vishwas mempertahankan tindakannya dengan menyatakan air tersebut boleh digunakan para petani untuk tanaman mereka, terutamanya sawah padi.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *