Connect with us

Antarabangsa

Teknologi AI satu ancaman – Pengasas OpenAI

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman menggesa Kongres Amerika Syarikat (AS) agar mewujudkan peraturan khusus untuk kepintaran buatan (AI) dengan mengakui bahawa teknologi itu mungkin menjadi satu ancaman, lapor portal berita MailOnline.

Wartawan TMT

Published

on

Teknologi AI satu ancaman – Pengasas OpenAI
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman menggesa Kongres Amerika Syarikat (AS) agar mewujudkan peraturan khusus untuk kepintaran buatan (AI) dengan mengakui bahawa teknologi itu mungkin menjadi satu ancaman, lapor portal berita MailOnline.
  • Syarikat OpenAI yang berpangkalan di San Francisco, California, mendapat perhatian umum selepas ia mengeluarkan ChatGPT lewat tahun lepas. Ia merupakan alat chatbot percuma yang menjawab soalan pengguna dengan respons seperti manusia.
  • Wakil-wakil rakyat AS menyoal Altman secara agresif selama lima jam dan menekankan bahawa aplikasi ChatGPT serta model lain, sama ada boleh membentuk semula sejarah manusia untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk. Ia selain itu turut menyamakan teknologi tersebut dengan mesin cetak atau bom atom.

WASHINGTON – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman menggesa Kongres Amerika Syarikat (AS) agar mewujudkan peraturan khusus untuk kepintaran buatan (AI) dengan mengakui bahawa teknologi itu mungkin menjadi satu ancaman, lapor portal berita MailOnline.

Syarikat OpenAI yang berpangkalan di San Francisco, California, mendapat perhatian umum selepas ia mengeluarkan ChatGPT lewat tahun lepas. Ia merupakan alat chatbot percuma yang menjawab soalan pengguna dengan respons seperti manusia.

Wakil-wakil rakyat AS menyoal Altman secara agresif selama lima jam dan menekankan bahawa aplikasi ChatGPT serta model lain, sama ada boleh membentuk semula sejarah manusia untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk. Ia selain itu turut menyamakan teknologi tersebut dengan mesin cetak atau bom atom.

Altman dalam masa sama turut mengakui kebimbangan terburuknya adalah kemudaratan ketara boleh berlaku kepada seluruh dunia apabila menggunakan teknologi dibangunkan syarikatnya.

“Jika teknologi ini memudaratkan, ia boleh menjadi sesuatu yang agak berbahaya justeru, kami mahu lantang bersuara mengenainya. Kami mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku,” kata Altman.

Sesi persidangan tersebut adalah yang pertama daripada siri yang bertujuan mewujudkan peraturan untuk AI, yang menurut wakil-wakil rakyat AS, ia sepatutnya dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

Ia bukan bertujuan untuk mengawal AI sebaliknya bagi memulakan perbincangan mengenai cara-cara menjadikan ChatGPT dan model lain telus selain memastikan risikonya didedahkan.

Sementara itu, meskipun mengakui AI akan menggantikan sejumlah pekerjaan, Altman berkata,  ia juga akan mewujudkan jawatan baharu yang dipercayai akan menjadi lebih baik.

“Saya percaya bahawa akan wujudnya pekerjaan yang jauh lebih baik di satu sudut lain. Bagi saya, ia akan mengautomasikan sepenuhnya sejumlah pekerjaan sekali gus mencipta pekerjaan baharu yang kami percaya adalah lebih baik,” ujarnya. 

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending