Connect with us

Antarabangsa

Teknologi AI berisiko mudaratkan kesihatan manusia

Pakar-pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) berisiko memudaratkan kesihatan dan menimbulkan ancaman kepada berjuta-juta manusia, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

Teknologi AI berisiko mudaratkan kesihatan manusia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pakar-pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) berisiko memudaratkan kesihatan dan menimbulkan ancaman kepada berjuta-juta manusia, lapor akhbar The Guardian kelmarin.
  • Oleh yang demikian, mereka menggesa agar pembangunan teknologi AI dihentikan sehingga ia berjaya dikawal selia.
  • Menurut pakar, tidak dinafikan bahawa AI berpotensi merevolusikan sistem penjagaan kesihatan dengan meningkatkan diagnosis penyakit, mencari kaedah terbaik rawatan dan memperluaskan penjagaan kepada lebih ramai orang.

LONDON: Pakar-pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) berisiko memudaratkan kesihatan dan menimbulkan ancaman kepada berjuta-juta manusia, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

Oleh yang demikian, mereka menggesa agar pembangunan teknologi AI dihentikan sehingga ia berjaya dikawal selia.

Menurut pakar, tidak dinafikan bahawa AI berpotensi merevolusikan sistem penjagaan kesihatan dengan meningkatkan diagnosis penyakit, mencari kaedah terbaik rawatan dan memperluaskan penjagaan kepada lebih ramai orang.

Bagaimanapun, AI juga berisiko mewujudkan impak negatif terhadap kesihatan, demikian menurut pakar-pakar kesihatan dari Britain, Amerika Syarikat (AS), Australia, Costa Rica dan Malaysia dalam laporan diterbitkan oleh jurnal MJ Global Health.

Risiko yang dikemukakan termasuk potensi ralat sehingga memudaratkan pesakit, isu mengenai keselamatan data dan privasi serta penggunaan AI dalam cara yang memburukkan lagi ketidaksamaan sosial dan kesihatan.

Salah satu contoh risiko adalah penggunaan oksimeter dipacu AI yang tersilap menganggar tahap oksigen dalam darah pesakit berkulit gelap yang dikhuatiri menjejaskan rawatan hipoksia.

Bukan itu sahaja, AI juga boleh membahayakan berjuta-juta orang melalui kawalan dan manipulasi orang ramai, penggunaan senjata autonomi yang membawa maut serta kesihatan mental akibat pengangguran sekiranya ia menggantikan sejumlah besar pekerja.

“Walaupun terdapat banyak faedah untuk menamatkan pekerjaan yang berulang, berbahaya dan tidak menyenangkan, kita tahu bahawa pengangguran juga dikaitkan dengan kesan kesihatan dan tingkah laku yang buruk akibat peristiwa itu,” kata pakar. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending