Connect with us

Antarabangsa

Tak puas hati definisi seks, Aktivis trans ‘protes air kencing’ di luar bangunan EHRC

Aktivis trans di London pada Isnin mengadakan protes menggunakan air kencing di luar bangunan Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak Asasi Manusia (EHRC) bagi membantah cadangan pindaan Akta Kesaksamaan yang akan mengukuhkan hak berdasarkan seks wanita.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Tak puas hati definisi seks, Aktivis trans 'protes air kencing' di luar bangunan EHRC
Foto: Aktivis trans di London mengadakan protes menggunakan air kencing di luar bangunan Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak Asasi Manusia (EHRC).
  • Aktivis trans di London pada Isnin mengadakan protes menggunakan air kencing di luar bangunan Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak Asasi Manusia (EHRC) bagi membantah cadangan pindaan Akta Kesaksamaan yang akan mengukuhkan hak berdasarkan seks wanita.
  • Ahli pertubuhan Pissed Off Trannies (POT) berkumpul di luar EHRC pada 22 Mei lalu, meninggalkan 90 liter air kencing manusia di sekeliling bangunan. 
  • Bantahan itu sebagai tindak balas kepada kenyataan Ketua Eksekutif EHRC, Melanie Field yang mengesahkan takrifan “seks biologi” adalah “jantina direkodkan ketika lahir” dalam temubual dengan organisasi aktivis trans, Transactual.

Aktivis trans di London pada Isnin mengadakan protes menggunakan air kencing di luar bangunan Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak Asasi Manusia (EHRC) bagi membantah cadangan pindaan Akta Kesaksamaan yang akan mengukuhkan hak berdasarkan seks wanita.

Ahli pertubuhan Pissed Off Trannies (POT) berkumpul di luar EHRC pada 22 Mei lalu, meninggalkan 90 liter air kencing manusia di sekeliling bangunan. 

Bantahan itu sebagai tindak balas kepada kenyataan Ketua Eksekutif EHRC, Melanie Field yang mengesahkan definisi “seks.”

Kenyataan Field dibuat dalam temubual bersama Transactual, sebuah organisasi aktivis trans diketuai lelaki transgender, Helen Belcher. 

Belcher menekan Field berkenaan takrifan “seks biologi” yang mana Field menjawab ia adalah “jantina direkodkan ketika lahir”.

Komen Field menjelaskan tindakan EHRC dalam memperkasakan perlindungan ‘seks biologi sebagai ciri-ciri yang dilindungi’ yang lebih kukuh serta rancangan terkini menghalang lelaki trans daripada mengakses kemudahan wanita melainkan mereka mempunyai Sijil Pengiktirafan Jantina (GRC).

Isnin lalu, aktivis trans POT yang bertopeng berkumpul di luar pejabat EHRC dengan meninggalkan botol berisi air kencing manusia sebagai tanda protes. 

Kelompok songsang itu juga menuang botol air kencing tersebut di kaki lima.

POT menyiarkan video demonstrasi mereka di instagram, memaparkan gambar botol air kencing dengan audio dan transkripsi temu bual Field dengan Transactual yang dijadikan latar bunyi dalam babak demonstrasi video itu.

“Kami meletakkan 90 liter air kencing golongan trans di luar bangunan dan di pintu masuk pusingan mereka, mempamerkan EHRC hakikat mereka: kekucar-kaciran yang tidak dapat diselesaikan,” kata POT dalam deskripsi video itu.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *