Connect with us

Terkini

Siapa tanggung kos pelajar tonton ‘Anwar The Untold Story’? – Apek Cina

“Siapa yang tanggung kos perbelanjaan pelajar-pelajar untuk menonton filem ini (Anwar The Untold Story ) di GSC Alamanda?” 

Hidayah Sani

Published

on

Siapa tanggung kos pelajar tonton ‘Anwar The Untold Story’? – Apek Cina
Foto: peguam, Apek Cina (gambar kecil).
  • Demikian persoalan dibangkitkan peguam, Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How susulan tular surat jemputan pihak sekolah menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjemput pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Putrajaya Presint 5 (1) untuk menonton tayangan eksklusif ‘Anwar The Untold Story’ di GSC Alamanda, pada Selasa lalu.
  • Kalau Kerajaan bayar, itu duit rakyat dan tidak sepatutnya ia digunakan untuk bayar menonton filem berunsurkan politik seperti ini.
  • Kalau individu bayar tidak patut pakai letterhead kerajaan(termasuk sekolah).
  • “Apakah piawai pihak kerajaan (Menteri KPM dan sekolah) memilih untuk menjemput pelajar menonton sesuatu filem? Politik atau pendidikan?” kata Apek Cina menerusi hantaran di Facebook (FB)  pada Khamis.

KUALA LUMPUR — Siapa yang tanggung kos perbelanjaan pelajar-pelajar untuk menonton filem ini (Anwar The Untold Story ) di GSC Alamanda?” 

Demikian persoalan dibangkitkan peguam, Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How susulan tular surat jemputan pihak sekolah menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjemput pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Putrajaya Presint 5 (1) untuk menonton tayangan eksklusif ‘Anwar The Untold Story’ di GSC Alamanda pada Selasa lalu.

Apek Cina berkata sekiranya kos perbelanjaan itu ditanggung kerajaan, maka ia membabitkan duit rakyat dan tidak sepatutnya berlaku

Beliau berkata duit rakyat tidak sepatutnya diguna pakai untuk menampung kos menonton filem berunsurkan politik seperti itu.

Katanya, tidak sewajarnya juga ‘letterhead’ kerajaan (termasuk sekolah) diguna pakai dalam surat jemputan, sekalipun ada ‘individu’ tertentu menanggung kos tiket filem terbabit.

Foto: Surat jemputan yang dimuat naik Apek Cina di Facebook.

“Apakah piawaian pihak kerajaan (Menteri KPM dan sekolah) memilih untuk menjemput pelajar menonton sesuatu filem ? Politik atau pendidikan?

“Kalau satu hari orang buat filem yang puji-puji Najib Razak, adakah Menteri Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan konsisten menggunakan sumber kerajaan atau persendirian menjemput pelajar-pelajar untuk menonton? Saya sungguh kecewa!” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB)  pada Khamis.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menuntut penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkaitan surat jemputan itu semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), namun tidak dijawab. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Ulasan Apek Cina

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending