Connect with us

Antarabangsa

Remaja bunuh warga emas, pukul ibu hingga koma dan tikam rakan,guru sekolah

Tidak setakat membunuh jiran yang merupakan pasangan warga emas, dan memukul ibunya sehingga koma, seorang pelajar Sekolah Menengah Tinggi Tongzhou Gabungan Universiti Renmin China di Beijing, kemudian kembali ke sekolah untuk menikam pelajar lain dan seorang guru.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Remaja bunuh warga emas, pukul ibu hingga koma dan tikam rakan,guru sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Seorang pelajar menengah atas di Sekolah Tinggi Tongzhou Gabungan Universiti Renmin China Beijing disyaki menikam dua orang sehingga mati pada 14 Mei 2023.
  • Keesokannya beliau mencederakan seorang pelajar, dua orang guru, dan memukul ibunya sehingga koma.
  • Zhang yang berumur 16 tahun itu kini ditahan oleh Biro Keselamatan Awam Tongzhou.

Tidak setakat membunuh jiran yang merupakan pasangan warga emas, dan memukul ibunya sehingga koma, seorang pelajar Sekolah Menengah Tinggi Tongzhou Gabungan Universiti Renmin China di Beijing, kemudian kembali ke sekolah untuk menikam pelajar lain dan seorang guru.

Mengesahkan kejadian itu Polis Tongzhou berkata, tiga kejadian berasingan itu berlaku pada 14,15 dan 17 Mei ini.

Menurut laporan polis, kira-kira jam 8.00 pagi,15 Mei 2023, Biro Keselamatan Awam Tongzhou menerima laporan kes pelajar cedera di sebuah sekolah. Polis kemudian membawa suspek (16 tahun) bernama Zhang ke tempat kejadian.

Siasatan mendapati Zhang memukul rakan kelas perempuannya di dalam kelas, dan mencederakan dua orang guru lelaki (43 tahun dan 53 tahun) yang cuba menghalang beliau. Rawatan perubatan telah diberi kepada ketiga-tiga individu tersebut.

Zhang kini ditahan oleh Biro Keselamatan Awam Tongzhou di bawah undang-undang jenayah, dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: Sing Tao Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *