Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel roboh perkampungan Palestin buat kali ke-216

Tentera Israel semalam sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev, di Tebing Barat.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel roboh perkampungan Palestin buat kali ke-216
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel semalam sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev, di Tebing Barat.
  • Tentera Israel bertindak menyerbu dan memusnahkan perkampungan itu buat kali ke-216, ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, Aziz al-Touri memberitahu Anadolu.
  • Pihak berkuasa Israel mendakwa tapak perkampungan itu merupakan `rizab negara’.
  • Pihak berkuasa Israel berusaha merampas tanah dan mengusir penduduknya, dengan berpuluh-puluh kampung menghadapi ancaman yang sama di kawasan Negev. 

BAITULMAQDIS: Tentera Israel semalam sekali lagi merobohkan sebuah perkampungan Palestin di wilayah selatan Negev, di Tebing Barat.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Tentera Israel bertindak menyerbu dan memusnahkan perkampungan itu buat kali ke-216, ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, Aziz al-Touri memberitahu Anadolu.

Al-Touri menegaskan penduduk kampung bertekad untuk membina semula kediaman mereka sekali lagi, setiap kali dimusnahkan tentera Israel.

Rumah di Al-Araqib yang didiami oleh 22 keluarga Palestin itu diperbuat daripada kayu, plastik dan besi.

Perkampungan itu mula dimusnahkan pada 2010.

Pihak berkuasa Israel mendakwa tapak perkampungan itu merupakan `rizab negara’.

Pihak berkuasa Israel berusaha merampas tanah dan mengusir penduduknya, dengan berpuluh-puluh kampung menghadapi ancaman yang sama di kawasan Negev.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending