Antarabangsa
Putin ikrar teruskan peperangan di Ukraine
Presiden Russia, Vladimir Putin berikrar untuk meneruskan peperangan ke atas Ukraine.

- Presiden Russia, Vladimir Putin berikrar untuk meneruskan peperangan ke atas Ukraine.
- Menurut laporan Financial Times, beliau juga menuduh negara-negara barat berusaha untuk memecah belahkan Rusia ketika tenteranya melancarkan lebih banyak serangan peluru berpandu ke atas Kyiv.
- Perarakan Red Square berlangsung beberapa jam selepas serangan udara baru dilancarkan terhadap Kyiv dan bandar-bandar lain di Ukraine.
Presiden Russia, Vladimir Putin berikrar untuk meneruskan peperangan ke atas Ukraine.
Menurut laporan Financial Times, beliau juga menuduh negara-negara Barat berusaha memecah belahkan Rusia ketika tenteranya melancarkan lebih banyak serangan peluru berpandu ke atas Kyiv.
Bercakap pada perarakan tentera untuk meraikan kemenangan Kesatuan Soviet dalam perang dunia kedua, Vladimir mendakwa “perang sebenar sekali lagi dilancarkan terhadap tanah air kita”.
Matlamat ini, katanya, adalah untuk “mencapai perpecahan dan kemusnahan negara kita”.
Sambutan secara sederhana pada Selasa itu berlangsung menjelang serangan balas yang dijangka dari Kyiv dan di tengah-tengah kebimbangan keselamatan berikutan rentetan serangan dron jauh di dalam Rusia.
Perarakan Red Square berlangsung beberapa jam selepas serangan udara baru dilancarkan terhadap Kyiv dan bandar-bandar lain di Ukraine.
Perkara itu turut digambarkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sebagai percubaan Moscow untuk menunjukkan beberapa kejayaan ketenteraan Russia dalam pencerobohan skala penuh yang goyah.
Sumber: Financial Times
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS