Connect with us

Terkini

PRN: Loke minta ahli DAP undi calon Umno

DAP juga akan meminta ahli parti itu mengundi calon Umno pada PRN, kata setiausaha agung Loke Siew Fook.

Wartawan TMT

Published

on

PRN: Loke minta ahli DAP undi calon Umno
Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
  • DAP juga akan meminta ahli parti itu mengundi calon Umno pada PRN, kata setiausaha agung Loke Siew Fook.
  • Loke menyatakan pendirian itu sebagai maklum balas selepas Umno meminta ahlinya menyokong calon DAP pada PRN akan datang.
  • Sebelum ini, Ahmad dilaporkan meminta ahli Umno mengundi calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kerajaan perpaduan.
  • Ahmad berkata, apabila ahli Umno sudah berada dalam kerajaan perpaduan, maka ahli hendaklah mengikut disiplin parti.

PETALING JAYA: DAP juga akan meminta ahli parti itu mengundi calon Umno pada PRN, kata setiausaha agung Loke Siew Fook.

Loke menyatakan pendirian itu sebagai maklum balas selepas Umno meminta ahlinya menyokong calon DAP pada PRN akan datang.

“Itu kenyataan logik. Apabila kita kerjasama sudah tentu rakan dalam kerjasama akan sokong. Sama juga pemimpin DAP semasa kempen PRN nanti juga akan meminta ahlinya undi calon Umno khususnya.

“Jadi bagi saya itu satu kenyataan yang logik, sudah tentu bila kita kerjasama dalam satu gabungan, kita mesti sokong antara satu sama lain kerana kita tidak bertanding menentang sesama sendiri.

“Jadi kita sudah tentu berterima kasih kepada (ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno), Ahmad Maslan kerana membantu kita,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan meminta ahli Umno mengundi calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kerajaan perpaduan.

Ahmad berkata, apabila ahli Umno sudah berada dalam kerajaan perpaduan, maka ahli hendaklah mengikut disiplin parti.

Dalam pada itu Loke berkata, pandangan Ahmad supaya pengundi Umno di enam negeri yang akan menghadapi PRN memberi sokongan kepada calon DAP ialah gambaran pengukuhan kerjasama dalam gabungan kerajaan perpaduan.

Loke menyifatkan saranan itu sebagai munasabah dengan setiap parti dalam gabungan berkenaan wajar saling menyokong terutama pada PRN.

“Saya rasa mesej itu bukan sahaja kepada calon DAP tapi kepada calon PH, sama juga dengan pemimpin PH yang akan berkempen nanti kita akan kempen supaya penyokong PH undi calon BN di mana calon PH tidak bertanding.

“Jika BN yang bertanding kita minta penyokong PH alihkan sokongan terhadap BN, jadi itu kenyataan logik,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Antarabangsa

Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
  • Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
  • Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
  • Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
  • Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.

Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.

Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.

Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.

Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.

“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.

“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.

Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.

Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.

Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending