Antarabangsa
Pilihan raya penentu di Turkiye, mangsa gempa cenderung menyokong Erdogan
Imej Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan merenung dari poster kempen di kawasan runtuhan gempa bumi di Antakya membangkitkan keyakinan kepada Ahmet Gulyildizoglu menjelang pusingan kedua pilihan raya Ahad ini.
- Imej Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan merenung dari poster kempen di kawasan runtuhan gempa bumi di Antakya membangkitkan keyakinan kepada Ahmet Gulyildizoglu menjelang pusingan kedua pilihan raya Ahad ini.
- Jutaan rakyat di seluruh wilayah musnah itu menafikan jangkaan dan mereka mengundi lelaki yang memerintah Turkiye selama dua dekad itu selepas Erdogan gagal memperolehi undian mencukupi pada pusingan pertama pilihan raya 14 Mei lalu.
- Kemal Kilicdaroglu iaitu lawan Erdogan “tidak memenuhi harapan kami,” kata Ahmet yang juga seorang pesara menyokong Erdogan.
- Erdogan kini dilihat menjadi pilihan warga Turkiye dalam pusingan kedua pilihan raya negara itu, lapor Arab News.
ANTAKYA: Imej Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan merenung dari poster kempen di kawasan runtuhan gempa bumi di Antakya membangkitkan keyakinan kepada Ahmet Gulyildizoglu menjelang pusingan kedua pilihan raya Ahad ini.
Jutaan rakyat di seluruh wilayah musnah itu menafikan jangkaan dan mereka mengundi lelaki yang memerintah Turkiye selama dua dekad itu selepas Erdogan gagal memperolehi undian mencukupi pada pusingan pertama pilihan raya 14 Mei lalu.
Kemal Kilicdaroglu iaitu lawan Erdogan “tidak memenuhi harapan kami,” kata Ahmet di hadapan kawasan runtuhan bangunan pangsapuri enam tingkat yang pernah didiaminya.
“Sebaliknya, kami mempunyai pakatan yang menepati janji,” kata pesara itu dipetik Arab News, merujuk kepada parti Islam Erdogan dan sekutu sayap kanannya.
Keupayaan Erdogan mengekalkan sokongan di seluruh zon bencana di tenggara Turkiye menyumbang kepada kekecewaan Kemal pada pusingan pertama pilihan raya yang akhirnya menyebabkan dia ketinggalan hampir lima mata.
Erdogan kini dilihat menjadi pilihan pengundi.
Kemuncak kemarahan terhadap tindak balas kerajaan terhadap bencana Februari lalu yang menyaksikan lebih warga Turkiye 50,000 maut, meletakkan Erdogan dalam kedudukan tidak menyenangkan di mana beliau membuat permohonan maaf terbuka.
Profesor madya di Universiti Sabanci Istanbul, Berk Esen menggelar kebangkitan Erdogan dalam pilihan raya itu “tidak terlalu mengejutkan.”
Berk berkata wilayah terjejas itu dipenuhi pengundi soleh yang mempercayai penjelasan Erdogan bahawa kemusnahan besar-besaran itu berpunca daripada tindakan semula jadi dan bukan kecuaian terhadap standard bangunan.
Sumber: Arab News