Antarabangsa
Penduduk Arab Saudi tiada permit dilarang masuk Makkah
Penduduk Arab Saudi yang tidak mempunyai permit masuk akan dilarang memasuki Makkah.
- Penduduk Arab Saudi yang tidak mempunyai permit masuk akan dilarang memasuki Makkah.
- Direktorat Keselamatan Awam mengumumkan, Larangan dikuatkuasakan Pusat Kawalan Keselamatan itu bermula sejak 15 Mei lalu.
- Langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan sempena musim haji tahun ini.
- “Pihak berkuasa diarahkan untuk hanya membenarkan kemasukan mereka yang bekerja di Tanah Suci dan mempunyai permit masuk, mereka yang mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan Makkah dan mereka yang mempunyai permit umrah atau permit haji,” katanya.
Riyadh: Penduduk Arab Saudi yang tidak mempunyai permit masuk akan dilarang memasuki Makkah.
Direktorat Keselamatan Awam mengumumkan, Larangan dikuatkuasakan Pusat Kawalan Keselamatan itu bermula sejak 15 Mei lalu.
Katanya, langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan sempena musim haji tahun ini.
“Ia memerlukan semua penduduk yang ingin memasuki Tanah Suci mendapatkan permit daripada pihak berkuasa.
“Pihak berkuasa diarahkan untuk hanya membenarkan kemasukan mereka yang bekerja di Tanah Suci dan mempunyai permit masuk, mereka yang mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan Makkah dan mereka yang mempunyai permit umrah atau permit haji,” katanya.
Berdasarkan SPA, Direktorat Am Pasport juga mula menerima permohonan untuk permit kemasukan elektronik ke Makkah untuk pekerja domestik dan ahli keluarga bukan Arab Saudi, pekerja yang tinggal di pertubuhan yang berpangkalan di Makkah, pemegang visa kerja bermusim dan kontraktor dengan pertubuhan itu didaftarkan dalam sistem Ajeer untuk musim haji ini.
Ibadah haji, ziarah tahunan ke kota suci Makkah di Arab Saudi, dijangka bermula 26 Jun ini.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya