Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Erdogan atas kemenangan pilihan raya

Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas beliau memenangi pemilihan semula dalam pusingan kedua bersejarah yang menjadi cabaran terbesar kepada 20 tahun tokoh pemimpin itu berkuasa.

Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Erdogan atas kemenangan pilihan raya
Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas beliau memenangi pemilihan semula dalam pusingan kedua bersejarah yang menjadi cabaran terbesar kepada 20 tahun tokoh pemimpin itu berkuasa.
  • Erdogan memenangi jawatan Presiden Turkiye dengan memperoleh 52.14 peratus undi, kata ketua Majlis Pilihan Raya Tertinggi, Ahmet Yener, dalam keputusan rasmi pada Ahad.
  • Dengan 99.43 peratus peti undi dibuka, saingan Erdogan, Kemal Kilicdaroglu menerima 47.86 peratus undi, kata Ahmet.
  • Antara pemimpin dunia yang menyampaikan ucapan tahniah adalah Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas beliau memenangi pemilihan semula dalam pusingan kedua bersejarah yang menjadi cabaran terbesar kepada 20 tahun tokoh pemimpin itu berkuasa.

Menurut laporan Al Jazeera, Erdogan memenangi jawatan Presiden Turkiye dengan memperoleh 52.14 peratus undi, kata ketua Majlis Pilihan Raya Tertinggi, Ahmet Yener dalam keputusan rasmi pada Ahad.

Dengan 99.43 peratus peti undi dibuka, saingan Erdogan, Kemal Kilicdaroglu menerima 47.86 peratus undi, kata Ahmet. 

Dengan jurang lebih dua juta undi antara calon, selebihnya undi yang tidak dikira tidak akan mengubah keputusan.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan diplomat tertinggi Antony Blinken menghantar ucapan tahniah kepada Erdogan atas kemenangannya.

“Saya berharap untuk terus bekerjasama sebagai Sekutu NATO dalam isu dua hala dan berkongsi cabaran global.

“Saya mengharapkan kerja berterusan kita bersama-sama dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Turkiye,” kata Biden dalam satu kenyataannya di Twitter.

Anthony juga memuji kadar keluar rakyat mengundi yang tinggi pada Ahad dan “tradisi demokrasi yang lama” di negara itu.

Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata kemenangan Erdogan adalah bukti rakyat Turkiye menghargai “kerja tidak mementingkan diri” dan dasar luar bebasnya.

“Kemenangan pilihan raya adalah hasil semula jadi daripada kerja tanpa pamrih Erdogan sebagai ketua Republik Turkiye, bukti jelas sokongan rakyat Turkiye terhadap usaha Erdogan mengukuhkan kedaulatan negara dan menjalankan dasar luar yang bebas.

“Kami amat menghargai sumbangan peribadi anda kepada pengukuhan hubungan mesra Rusia-Turkiye dan kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang,” kata Putin dalam satu mesej kepada Erdogan.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending