Antarabangsa
Pakar bedah dapatkan bantuan tukang cuci bedah pesakit
Pengurus sebuah hospital di barat Jerman menzahirkan kekesalan selepas seorang pakar bedah mereka mendapatkan bantuan pekerja pembersihan semasa melakukan prosedur pemotongan jari kaki, lapor laman berita Gulf News.

- Pengurus sebuah hospital di barat Jerman menzahirkan kekesalan selepas seorang pakar bedah mereka mendapatkan bantuan pekerja pembersihan semasa melakukan prosedur pemotongan jari kaki, lapor laman berita Gulf News.
- Saluran televisyen SRW melaporkan pada Jumaat lalu bahawa kejadian berlaku di Hospital Universiti Mainz pada 2020.
- Walaupun tiada sebarang komplikasi berlaku pada pesakit berkenaan, pakar bedah itu terus dipecat.
BERLIN, Jerman – Pengurus sebuah hospital di barat Jerman menzahirkan kekesalan selepas seorang pakar bedah mereka mendapatkan bantuan pekerja pembersihan semasa melakukan prosedur pemotongan jari kaki, lapor laman berita Gulf News.
Saluran televisyen SRW melaporkan pada Jumaat lalu bahawa kejadian berlaku di Hospital Universiti Mainz pada 2020.
Walaupun tiada sebarang komplikasi berlaku pada pesakit berkenaan, pakar bedah itu terus dipecat.
Ketua pegawai eksekutif hospital tersebut, Norbert Pfeiffer berkata, pakar bedah itu masih meneruskan pembedahan walaupun tanpa pembantu berkelayakan.
Apabila pesakit dibius, pakar bedah itu meminta bantuan tukang cuci tersebut untuk memegang kaki pesakit dan mengambil alat bedah, lapor akhbar Mainzer Allgemeine Zeitung.
Menurutnya, tukang cuci tersebut tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang perubatan.
Insiden itu terbongkar selepas seorang pengurus hospital ternampak pad kain kasa berdarah pada tangan tukang cuci itu di dalam dewan bedah.
“Ini tidak sepatutnya berlaku,” agensi berita Jerman, DPA memetik Pfeiffer sebagai berkata. – Agensi
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS