Connect with us

Antarabangsa

Neuralink dapat kelulusan uji implan otak pada manusia

Syarikat pemula Elon Musk pada Khamis memaklumkan pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada pengawal selia Amerika Syarikat (AS) untuk menguji implan otaknya pada manusia.

Wartawan TMT

Published

on

Neuralink dapat kelulusan uji implan otak pada manusia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Syarikat pemula Elon Musk pada Khamis memaklumkan pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada pengawal selia Amerika Syarikat (AS) untuk menguji implan otaknya pada manusia.
  • Neuralink berkata kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS untuk menjalankan kajian klinikal pertama terhadap manusia adalah langkah penting pertama untuk teknologi itu.
  • Katanya, ia membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan komputer melalui pemikiran mereka.
  • Matlamat utama implan Neuralink adalah membolehkan otak manusia berkomunikasi secara langsung dengan komputer, kata Musk semasa pembentangan oleh syarikat permulaan pada Disember.

San Francisco: Syarikat pemula Elon Musk pada Khamis memaklumkan pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada pengawal selia Amerika Syarikat (AS) untuk menguji implan otaknya pada manusia.

Neuralink berkata kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS untuk menjalankan kajian klinikal pertama terhadap manusia adalah langkah penting pertama untuk teknologi itu.

Katanya, ia membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan komputer melalui pemikiran mereka.

“Kami sangat teruja untuk berkongsi bahawa kami sudah menerima kelulusan FDA untuk melancarkan ujian klinikal pertama terhadap manusia.

“Ini adalah hasil usaha luar biasa oleh pasukan Neuralink dengan kerjasama rapat dengan FDA,” kata Neuralink dalam catatan di Twitter yang dikendalikan oleh Musk.

Bagaimanapun, pengambilan untuk ujian klinikal ini belum dibuka lagi, kata Neuralink.

Matlamat utama implan Neuralink adalah membolehkan otak manusia berkomunikasi secara langsung dengan komputer, kata Musk semasa pembentangan oleh syarikat permulaan pada Disember.

“Kami bekerja keras untuk bersedia bagi manusia pertama kami (implan), dan jelas sekali kami sangat berhati-hati selain memastikan ia berfungsi dengan baik sebelum peranti itu diletakkan dalam badan manusia,” katanya ketika itu.

Musk – yang membeli Twitter tahun lalu, juga memiliki SpaceX, Tesla dan beberapa syarikat lain- diketahui membuat ramalan bercita-cita tinggi mengenai syarikatnya, dengan beberapa cita-citanya tidak menjadi kenyataan.

Pada Julai 2019, beliau berikrar Neuralink akan dapat melakukan ujian pertamanya ke atas manusia pada 2020.

Protaip produk, yang sebesar syiling ditanam di dalam tengkorak monyet.

Pada pembentangan Neuralink, syarikat itu menunjukkan beberapa monyet ‘bermain’ permainan video asas atau menggerakkan kursor pada skrin melalui implan Neuralink mereka.

Musk berkata syarikat itu akan cuba menggunakan implan itu untuk memulihkan penglihatan dan mobiliti pada manusia lumpuh.

“Ia pada mulanya akan membolehkan seseorang yang hampir tiada keupayaan untuk mengendalikan otot mereka… dan membolehkan mereka mengendalikan telefon dengan lebih pantas daripada seseorang yang mempunyai tangan yang berfungsi.

“Walaupun ia mungkin kedengaran ajaib, kami yakin boleh memulihkan fungsi badan penuh kepada seseorang yang mempunyai masalah saraf tunjang,” katanya.

Selain berpotensi untuk merawat penyakit saraf, matlamat utama Musk adalah memastikan manusia tidak dibelenggu oleh kecerdasan buatan (AI), katanya.

Syarikat lain yang sedang berusaha membangunkan sistem sama termasuk Synchron, yang mengumumkan sudah menanam mesin otak pertama di Amerika Syarikat pada Julai tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

Author

Antarabangsa

Hanya 30-35 peratus pejuang Hamas ‘dihapuskan’ tentera Israel – Sumber Perisikan AS

Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).
  • Majoriti pejuang yang menganggotai gerakan pembebasan Palestin itu sebelum serangan 7 Oktober di selatan Israel masih hidup, walaupun angka kematian di Gaza mencecah lebih 35,000 mangsa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
  • Sekitar 65 peratus infrastruktur terowong Hamas masih kekal utuh, kata sumber Politico dan ribuan pejuang baharu dikatakan direkrut kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Laporan itu datang ketika Washington semakin bimbang terhadap kebolehlaksanaan matlamat Israel yang dinyatakan iaitu untuk menghapuskan kumpulan Palestin itu.
  • Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Charles Brown pada Isnin dilaporkan mengkritik strategi Israel di Gaza.
  • Beliau memberi amaran bahawa kegagalan pasukan Israel untuk mengamankan wilayah yang ditawan dan menghapuskan Hamas dari Gaza utara menghalang keupayaannya untuk mencapai objektif ketenteraan.

Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).

Majoriti pejuang yang menganggotai gerakan pembebasan Palestin itu sebelum serangan 7 Oktober di selatan Israel masih hidup, walaupun angka kematian di Gaza mencecah lebih 35,000 mangsa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sekitar 65 peratus infrastruktur terowong Hamas masih kekal utuh, kata sumber Politico dan ribuan pejuang baharu dikatakan direkrut kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Laporan itu datang ketika Washington semakin bimbang terhadap kebolehlaksanaan matlamat Israel yang dinyatakan iaitu untuk menghapuskan kumpulan Palestin itu.

Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Charles Brown pada Isnin dilaporkan mengkritik strategi Israel di Gaza.

Beliau memberi amaran kegagalan pasukan Israel untuk mengamankan wilayah yang ditawan dan menghapuskan Hamas dari Gaza utara menghalang keupayaannya untuk mencapai objektif ketenteraan.

Komentar Brown itu merupakan kritikan jarang didengari daripada tentera AS yang membantu Israel dalam peperangannya ke atas Gaza dengan menyediakan peralatan ketenteraan dan bantuan perisikan.

Kira-kira 128 individu yang ditawan Hamas dan kumpulan pejuang Palestin lain masih kekal di Gaza.

Kerajaan Israel menegaskan tekanan ketenteraan adalah cara terbaik untuk membebaskan tahanan dan menegaskan mereka tidak akan menamatkan peperangan sehingga “menghapuskan” Hamas ketika puluhan tawanan dipercayai maut akibat serangan Israel ke atas Gaza.

Terdapat ketidakpuasan yang semakin meningkat di Israel mengenai status perang Gaza dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa mengabaikan tawanan warga Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending