Connect with us

Antarabangsa

Marah bacaan al-Quran di masjid, Lelaki Australia ludah muka imam

Seorang imam masjid di Bandung diludah seorang lelaki Australia yang bengang dengan bacaan al-Quran diperdengarkan melalui pembesar suara.

Published

on

Marah bacaan al-Quran di masjid, Lelaki Australia ludah muka imam
Foto: Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki Australia menghampiri seorang imam sebelum meludah ke mukanya di sebuah masjid di Bandung pada 28 April 2023.
  • Seorang imam masjid di Bandung diludah seorang lelaki Australia yang bengang dengan bacaan al-Quran yang diperdengarkan melalui pembesar suara.
  • Kejadian itu berlaku pada Jumaat, 28 April lalu, kira-kira jam 6 pagi di Masjid Jami Al-Muhajir Buahbatu, Bandung, Indonesia.
  • Insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid berkenaan.
  • Lelaki warga asing itu ditahan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta ketika hendak pulang ke negaranya dan kini disoal siasat atas dakwaan menghina Islam.

Seorang imam masjid di Bandung diludah seorang lelaki Australia yang bengang dengan bacaan al-Quran diperdengarkan melalui pembesar suara.

Menurut laporan Coconuts Jakarta, insiden itu berlaku pada Jumaat, 28 April lalu, kira-kira jam 6 pagi di Masjid Jami Al-Muhajir Buahbatu, Bandung, Indonesia.

Insiden itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid berkenaan.

Video menunjukkan warga Australia itu, yang dikenali sebagai MB, memakai baju dan topi berwarna hitam serta seluar hijau ketika dia memasuki masjid dan menghampiri mimbar. 

Dia kemudiannya melihat imam masjid, M. Basri Anwar mendengar rakaman bacaan al-Quran.

MB kemudian berjalan ke arahnya dan meludah ke mukanya. 

Menurut Basri, dia melarikan diri daripada MB sambil menjerit “sial” dan memberi isyarat seolah-olah dia akan menumbuknya.

Basri berkata MB yang menginap di sebuah hotel berhampiran masjid berasa jengkel dengan bacaan al-Quran.

“Hari Jumaat merupakan hari pembersihan, selalunya ada bacaan al-Quran, saya rasa dia rasa terganggu,” kata Basri.

Dalam pada itu, MB ditahan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta pada hari Sabtu ketika dia hendak menaiki penerbangan pulang ke negara asalnya.

“Dia tidak melarikan diri, malah dia mempunyai tiket untuk hari itu dan visanya juga tamat pada hari tersebut,” kata Ketua Polis Bandung, Budi Sartono pada sidang media.

MB kini disoal siasat unit siasatan jenayah Polis Bandung atas dakwaan menghina Islam.

Sumber: Coconuts Jakarta

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author