Antarabangsa
Lelaki beri kaunseling bunuh diri membawa kepada dua kematian ditahan polis
Pihak polis di Kanada menahan seorang lelaki kerana didakwa menjual bahan maut kepada individu berisiko mencederakan diri dan memberi kaunseling membunuh diri yang menyebabkan kematian dua warga negara itu.

- Polis Wilayah Peel, Kanada, berkata pertuduhan terhadap Kenneth Law, 57, dari Mississauga, Ontario, dibuat pada Selasa selepas siasatan diadakan melibatkan dua kematian berlaku baru-baru ini di kawasan itu.
- Polis berkata Law menggunakan beberapa siri laman web memasarkan dan menjual sodium nitrite, bahan yang biasa digunakan mengawet daging, namun boleh membawa maut.
- Polis berkata siasatan mereka mendapati sekurang-kurangnya 1,200 bungkusan didakwa dihantar Law ke lebih 40 negara.
- Di Kanada adalah menjadi satu tindakan menyalahi undang-undang untuk seseorang mengesyorkan bunuh diri, walaupun dengan bantuan sah sejak 2016 melibatkan individu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Pihak polis di Kanada menahan seorang lelaki kerana didakwa menjual bahan maut kepada individu berisiko mencederakan diri dan memberi kaunseling membunuh diri yang menyebabkan kematian dua warga negara itu.
Polis Wilayah Peel berkata pertuduhan terhadap Kenneth Law, 57, dari Mississauga, Ontario, dibuat pada Selasa selepas siasatan diadakan melibatkan dua kematian berlaku baru-baru ini di kawasan itu.
Polis berkata Law menggunakan beberapa siri laman web untuk memasarkan dan menjual sodium nitrite, bahan yang biasa digunakan untuk mengawet daging, namun boleh membawa maut.
The Globe and Mail melaporkan Law sebelum ditahan mengesahkan dia menjual sodium nitrite dalam talian, bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.
“Saya menjual produk sah, OK. Dan apa dilakukan orang itu? Saya tidak mempunyai kawalan,” katanya.
Polis berkata siasatan mereka mendapati sekurang-kurangnya 1,200 bungkusan didakwa dihantar Law ke lebih 40 negara.
Pihak berkuasa tidak menyatakan apa terkandung dalam bungkusan itu, namun Timbalan Ketua Polis Wilayah Peel Marc Andrews menggesa sesiapa yang menerima penghantaran daripada Law menghubungi talian bantuan bunuh diri dan polis.
Di Kanada adalah menjadi satu tindakan menyalahi undang-undang untuk seseorang mengesyorkan bunuh diri, walaupun dengan bantuan sah sejak 2016 melibatkan individu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
Mana-mana individu dewasa menghidap penyakit serius, penyakit atau hilang upaya boleh mendapatkan bantuan untuk mati, namun perlu meminta bantuan doktor.
Sekurang-kurangnya satu kematian akibat bunuh diri di United Kingdom yang melibatkan peti pos di Mississauga dan nama syarikat yang dikaitkan pihak polis dengan Law, lapor The Canadian Press memetik laporan koroner diperoleh dari UK.
Sumber: Fox News
