Connect with us

Antarabangsa

Krisis keselamatan makanan: Australia salur bantuan kepada negara Timur Tengah, Afrika

Kerajaan Australia telah mengumumkan untuk menyalurkan dana bagi membantu masalah kebuluran di Afrika dan Timur Tengah, lapor Xinhua.

Wartawan TMT

Published

on

Krisis keselamatan makanan: Australia salur bantuan kepada negara Timur Tengah, Afrika
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Australia telah mengumumkan untuk menyalurkan dana bagi membantu masalah kebuluran di Afrika dan Timur Tengah, lapor Xinhua.
  • Menteri Luar, Penny Wong pada Isnin berkata kerajaan akan menyumbang AU$29 juta  (US$18.9 juta) daripada Tabung Kecemasan Kemanusiaan untuk tindak balas krisis keselamatan makanan yang semakin meningkat dan membantu golongan rentan di Timur Tengah dan Afrika.
  • Lebih separuh pembiayaan akan digunakan untuk menangani keperluan kemanusiaan, perpindahan dan perlindungan penduduk di kawasan yang dilanda kemarau di Kenya, Ethiopia dan Somalia, dengan selebihnya untuk bantuan makanan di Yaman, Lubnan dan Jordan.

CANBERRA – Kerajaan Australia telah mengumumkan untuk menyalurkan dana bagi membantu masalah kebuluran di Afrika dan Timur Tengah, lapor Xinhua.

Menteri Luar Penny Wong pada Isnin berkata kerajaan akan menyumbang AU$29 juta  (US$18.9 juta) daripada Tabung Kecemasan Kemanusiaan untuk tindak balas krisis keselamatan makanan yang semakin meningkat dan membantu golongan rentan di Timur Tengah dan Afrika.

Lebih separuh pembiayaan akan digunakan untuk menangani keperluan kemanusiaan, perpindahan dan perlindungan penduduk di kawasan yang dilanda kemarau di Kenya, Ethiopia dan Somalia, dengan selebihnya untuk bantuan makanan di Yaman, Lubnan dan Jordan.

Menurut kerajaan Australia, bilangan penduduk di seluruh dunia yang berisiko menghadapi masalah kekurangan makanan akut telah meningkat kepada 350 juta sejak pandemik COVID-19. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending