Connect with us

Antarabangsa

Kesatuan Eropah ugut haramkan Twitter

Twitter akan diharamkan Kesatuan Eropah (EU) jika gagal mematuhi peraturan baru berkenaan usaha memerangi ‘disinformation’ (maklumat salah), kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Perancis, Jean-Noel Barrot pada Isnin (semalam).

Wartawan TMT

Published

on

Kesatuan Eropah ugut haramkan Twitter
Foto: Elon Musk.
  • Twitter akan diharamkan Kesatuan Eropah (EU) jika gagal mematuhi peraturan baru berkenaan usaha memerangi ‘disinformation’ (maklumat salah), kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Perancis, Jean-Noel Barrot pada Isnin.
  • Amaran itu dibuat ketika Akta Perkhidmatan Digital (DSA) blok Eropah itu akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 25 Ogos depan.
  • “Penyelewengan maklumat adalah satu ancaman terhadap (masyarakat) demokrasi,” kata Barrot kepada radio Info France. 
  • Twitter pada awal bulan ini memenuhi permintaan Kerajaan Turkiye untuk menyekat akses kepada beberapa akaun dalam minggu pilihanraya umum presiden negara itu.
  • “Kami tidak boleh melangkau undang-undang sesebuah negara.. Jika kami mempunyai pilihan antara ada dari kalangan kami ke penjara atau mematuhi undang-undang, kami akan mematuhi undang-undang,” kata Musk kepada BBC bulan lalu.

Twitter akan diharamkan Kesatuan Eropah (EU) jika gagal mematuhi peraturan baru berkenaan usaha memerangi ‘disinformation’ (maklumat salah), kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Perancis, Jean-Noel Barrot pada Isnin (semalam).

RT melaporkan amaran itu dibuat ketika Akta Perkhidmatan Digital (DSA) blok Eropah itu akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 25 Ogos depan.

“Penyelewengan maklumat adalah satu ancaman terhadap (masyarakat) demokrasi,” kata Barrot kepada radio Info France.

“Saya berharap Twitter mematuhi peraturan Eropah menjelang 25 Ogos. Jika tidak, ia tidak lagi dialu-alukan di Eropah. Twitter, jika berulang kali tidak mengikut peraturan kami, akan diharamkan daripada EU,” katanya.

Akta Perkhidmatan Digital (DSA) merupakan mandat supaya enjin carian dan platform gergasi seperti Twitter, YouTube dan TikTok mengambil langkah untuk mengurangkan “salah maklumat atau manipulasi pilihan raya, keganasan siber terhadap wanita atau kemudaratan kepada kanak-kanak bawah umur di atas talian.”

Suruhanjaya Eropah boleh mengenakan denda sehingga 6 peratus daripada junlah pendapatan tahunan pihak terbabit jika didapati bersalah.

Pesuruhjaya Pasaran Dalaman EU, Thierry Breton mengumumkan minggu lalu bahawa Twitter menarik diri daripada Kod Amalan Pemberitahuan Sukarela blok itu.

“Tetapi kewajibannya kekal. Kamu boleh lari tapi kamu tidak boleh bersembunyi,” kata Breton menambah syarat DSA akan “bersedia untuk dikuatkuasakan” apabila tarikh tamat pematuhannya berakhir pada Ogos.

Jutawan Elon Musk, yang membeli Twitter pada tahun lepas, berjanji membersihkan platform itu dari maklumat salah dan kandungan kebencian serta menekankan kepada kebebasan bersuara dan ketelusan.

“Platform ini ‘hell bent’ (paling komited dan bertanggungjawab) untuk menjadi sumber maklumat tepat,” ciap Musk di Twitter pada awal Mei lalu.

Dalam masa sama, Twitter pada awal bulan ini memenuhi permintaan Kerajaan Turkiye untuk menyekat akses kepada beberapa akaun dalam minggu pilihanraya umum presiden negara itu.

Musk mempertahankan keputusan itu dengan mengatakan dia mahu mengelak Twitter daripada ditutup sepenuhnya di Turkiye.

“Kami tidak boleh melangkau undang-undang sesebuah negara.. Jika kami mempunyai pilihan antara ada dari kalangan kami ke penjara atau mematuhi undang-undang, kami akan mematuhi undang-undang,” kata Musk kepada BBC bulan lalu.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending