Connect with us

Antarabangsa

Kes gangguan seksual, ahli gusti India ugut buang pingat ke Sungai Ganges

Sekumpulan ahli gusti India terkenal, termasuk pemenang Olimpik mengugut untuk melemparkan pingat mereka ke dalam Sungai Ganges semalam dalam usaha menuntut penahanan pemimpin Persekutuan Gusti India (WFI) atas dakwaan gangguan seksual.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes gangguan seksual, ahli gusti India ugut buang pingat ke Sungai Ganges
Foto: Sekumpulan ahli gusti membuat bantahan dengan bergerak ke bangunan Parlimen India ditahan Polis Delhi.
  • Sekumpulan ahli gusti India terkenal, termasuk pemenang Olimpik mengugut melemparkan pingat mereka ke dalam Sungai Ganges dalam usaha menuntut penahanan pemimpin Persekutuan Gusti India (WFI) atas dakwaan gangguan seksual.
  • Mereka juga bertindak mendirikan khemah di sebuah kawasan di New Delhi sejak 23 April lalu bagi menuntut tindakan dibuat terhadap Presiden WFI, Brij Bhushan Sharan Singh, yang menafikan sebarang salah laku.
  • Brij Bhushan sudah dilucutkan kuasa pentadbirannya sebelum ini namun ahli gusti menuntut penahanannya atas dakwaan gangguan seksual terhadap ahli gusti wanita.

NEW DELHI: Sekumpulan ahli gusti India terkenal, termasuk pemenang Olimpik mengugut untuk melemparkan pingat mereka ke dalam Sungai Ganges semalam dalam usaha menuntut penahanan pemimpin Persekutuan Gusti India (WFI) atas dakwaan gangguan seksual.

Mereka juga bertindak mendirikan khemah di sebuah kawasan di New Delhi sejak 23 April lalu bagi menuntut tindakan dibuat terhadap Presiden WFI, Brij Bhushan Sharan Singh, yang menafikan sebarang salah laku.

Ahli gusti termasuk pemenang pingat Olimpik, Sakshi Malik dan Bajrang Punia mengeluarkan kenyataan bersama semalam dengan menyatakan langkah mereka untuk membuang pingat kemenangan di Sungai Ganges.

“Bagi kami, pingat kami adalah suci, begitu juga Sungai Ganges.

“Sungai suci ini adalah penjaga pingat kami yang sempurna, bukan sistem yang melindungi pesalah,” kata mereka melalui kenyataan dalam bahasa Hindi.

Pada masa sama, atlet itu juga mengugut untuk memulakan mogok lapar di tugu peringatan perang India Gate, selepas melemparkan pingat mereka ke dalam sungai.

Brij Bhushan yang juga Ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata, pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Beberapa ahli gusti yang membuat bantahan dengan bergerak ke arah bangunan Parlimen India ditahan Polis Delhi, Ahad lalu, manakala tapak perkhemahan mereka dibersihkan.

Brij Bhushan sudah dilucutkan kuasa pentadbirannya sebelum ini namun ahli gusti menuntut penahanannya atas dakwaan gangguan seksual terhadap ahli gusti wanita.

Sumber: Berita Harian

Author