Terkini
Jiao Zong minta KPM pindahkan guru tiada kelayakan keluar dari sekolah Cina
Ramai graduan tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dihantar ke sekolah rendah Cina untuk mengajar subjek Bahasa Cina, kata Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee.
- Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee berkata ramai graduan tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dihantar ke sekolah rendah Cina untuk mengajar subjek Bahasa Cina.
- Lek Aee berkata Jiao Zong tidak bersetuju graduan terbabit mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah Cina kerana mereka tidak layak, lapor Guang Ming Daily.
- “Mereka hanya mengikuti kursus Bahasa Cina antarabangsa di China dan mereka tidak sesuai untuk mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah rendah Cina atau sekolah menengah Cina,” katanya dalam ucapan pada mesyuarat perwakilan ahli Jiao Zong ke-72 tahun 2023.
- Lek Aee juga menggesa Kementerian Pendidikan memindahkan guru-guru itu secepat mungkin supaya tidak menjejaskan operasi biasa sekolah rendah Cina.
Ramai graduan tidak mempunyai kelayakan Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dihantar ke sekolah rendah Cina untuk mengajar subjek Bahasa Cina, kata Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee.
Beliau berkata Jiao Zong tidak bersetuju graduan terbabit mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah Cina kerana mereka tidak layak.
Lek Aee berkata kelompok graduan itu juga tidak mempunyai pendedahan bahasa Cina di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
“Mereka hanya mengikuti kursus Bahasa Cina antarabangsa di China dan mereka tidak sesuai untuk mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah rendah Cina atau sekolah menengah Cina,” katanya dipetik Guang Ming Daily.
Lek Aee juga menggesa Kementerian Pendidikan memindahkan guru-guru itu secepat mungkin supaya tidak menjejaskan operasi biasa sekolah rendah Cina.
“Sebenarnya, mereka hanya boleh mengajar kursus Bahasa Cina komunikasi atau mengajar bahasa Cina yang lebih mudah sebagai bahasa kedua,” katanya dalam ucapan pada mesyuarat agung tahunan Jiao Zong ke-72 tahun 2023.
Menurut Lek Aee, keadaan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan ia didakwa semakin teruk.
Sumber: Guang Ming Daily