Antarabangsa
Jepun turunkan status ancaman COVID-19 kepada selsema biasa
Jepun pada Isnin menurunkan status ancaman COVID-19 kepada kategori yang sama dengan influenza bermusim dan melonggarkan langkah kesihatan berkaitan.

- Jepun pada Isnin menurunkan status ancaman COVID-19 kepada kategori sama dengan influenza bermusim dan melonggarkan langkah kesihatan berkaitan.
- Langkah itu menandakan peralihan besar dalam pendekatan kerajaan menentang pandemik selepas tiga tahun.
- Pengelasan semula COVID-19 kepada Kelas Lima bermakna keputusan mengenai langkah pencegahan anti-COVID-19 kini terpulang kepada individu dan ahli perniagaan.
- Bagaimanapun, pakar menyeru kerajaan memastikan institusi perubatan dapat bertindak balas dengan tepat terhadap potensi peningkatan jumlah jangkitan pada masa depan.
TOKYO – Jepun pada Isnin menurunkan status ancaman COVID-19 kepada kategori yang sama dengan influenza bermusim dan melonggarkan langkah kesihatan berkaitan.
Langkah itu menandakan peralihan besar dalam pendekatan kerajaan menentang pandemik selepas tiga tahun.
Pengelasan semula COVID-19 kepada Kelas Lima bermakna keputusan mengenai langkah pencegahan anti-COVID-19 kini terpulang kepada individu dan ahli perniagaan, lapor agensi berita Kyodo.
Bagaimanapun, pakar menyeru kerajaan untuk memastikan institusi perubatan dapat bertindak balas dengan tepat terhadap potensi peningkatan jumlah jangkitan pada masa depan.
Kerajaan telah menghapuskan sebahagian besar garis panduannya, termasuk tempoh kuarantin selama tujuh hari untuk mereka yang diuji positif dan lima hari bagi kontak rapat.
Penduduk Jepun juga akan dikenakan bayaran untuk rawatan pesakit luar dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19, walaupun subsidi tersedia untuk rawatan lebih mahal.
Pada 2020, COVID-19 dikategorikan sebagai ancaman kesihatan awam khas bersamaan atau lebih ketat daripada Kelas dua, yang meliputi penyakit berjangkit seperti batuk kering dan sindrom pernafasan akut teruk, atau SARS.
Kerajaan secara rasmi memutuskan pada 27 April untuk menurunkan status undang-undang COVID-19 kerana program vaksinasi, antara faktor lain, telah menjadikan penyakit itu kurang membawa maut.
Sumber: Malaysia Gazette
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS