Connect with us

Antarabangsa

ICC digesa keluarkan waran tangkap ke atas Menteri Keselamatan Israel

Kementerian Luar Palestin menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap dan sepina terhadap Menteri Keselamatan rejim haram aparteid Israel, Itamar Ben-Gvir.

Wartawan TMT

Published

on

ICC digesa keluarkan waran tangkap ke atas Menteri Keselamatan Israel
Foto: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Kementerian Luar Palestin menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.
  • Menteri pelampau itu telah menyeru tentera rejim haram membunuh rakyat Palestin di Tebing Barat, seperti berlaku di Semenanjung Gaza kebelakangan ini.
  • Kementerian Palestin menyifatkan pendirian dan kenyataan Ben-Gvir sebagai lesen membunuh rakyat Palestin dan gesaannya itu mencerminkan mentaliti penjajah mengembang secara beransur-ansur sekali gus membentuk percubaan menghancurkan harapan rakyat di negara Islam itu.
  • Seruan Ben-Gvir yang rasis bertujuan untuk mencapai pembersihan etnik dan penggantian penduduk Palestin dengan penceroboh haram. Merupakan bukti dasar tidak berkaitan dengan pertahanan diri sebaliknya hanya keinginan menakut-nakutkan rakyat Palestin dan menabur malapetaka, kemusnahan dan huru-hara.

RAMALLAH – Kementerian Luar Palestin menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap dan sepina terhadap Menteri Keselamatan rejim haram aparteid Israel, Itamar Ben-Gvir.

Lapor media, menteri pelampau itu telah menyeru tentera rejim haram membunuh rakyat Palestin di Tebing Barat, seperti yang berlaku di Semenanjung Gaza kebelakangan ini.

Kementerian Palestin menyifatkan pendirian dan kenyataan Ben-Gvir sebagai ‘lesen untuk membunuh rakyat Palestin’ dan gesaannya itu mencerminkan mentaliti penjajah yang mengembang secara beransur-ansur sekali gus membentuk percubaan untuk menghancurkan harapan rakyat di negara Islam itu.

Tambah mereka, seruan Ben-Gvir yang rasis dan fasis bertujuan untuk mencapai ‘pembersihan etnik’ dan penggantian penduduk Palestin dengan penceroboh haram. Ia juga merupakan bukti dasar yang tidak berkaitan dengan pertahanan diri sebaliknya hanya keinginan untuk ‘menakut-nakutkan rakyat Palestin’ dan ‘menabur malapetaka, kemusnahan dan huru-hara’.

Dalam pada itu, pihak Kementerian menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil pendirian tegas dan jelas terhadap Ben-Gvir serta meminta ICC mengeluarkan sepina dan waran tangkap terhadap menteri itu.

Sementara itu, Duta Besar, Ahmad Al-Deek, penasihat politik Menteri Luar Palestin memaklumkan, “Masyarakat antarabangsa harus meletakkan Ben-Gvir di hadapan ICC dan menganggap kenyataannya sebagai seruan tersembunyi untuk membunuh rakyat Palestin.”

Mustafa Barghouti, Setiausaha Agung sebuah parti Palestin pula berkata bahawa Ben-Gvir cuba mengalih perhatian kegagalan kerajaannya di Gaza untuk melemahkan penentangan Palestin.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa, “Ancaman Ben-Gvir tidak bermakna apa-apa kepada rakyat Palestin, dan nampaknya beliau masih belum memahami bahawa pembunuhan itu tidak melemahkan atau menghalang rakyat Palestin daripada meneruskan perjuangan mereka menentang penjajahan Israel, sebaliknya meningkatkan kekuatan dan keazaman mereka.”

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending