Connect with us

Antarabangsa

Hanya kerana tiada lesen memandu, remaja Muslim kritikal diseksa dengan renjatan elektrik

Seorang remaja Muslim kritikal selepas diseksa dengan renjatan elektrik hanya kerana kesalahan tiada lesen memandu di India, demikian lapor Maktoob Media.

Wartawan TMT

Published

on

Hanya kerana tiada lesen memandu, remaja Muslim kritikal diseksa dengan renjatan elektrik
Foto: Mohammad Danish.
  • Mohammad Danish, 19, kritikal selepas diseksa dengan renjatan elektrik hanya kerana kesalahan tiada lesen memandu di India.
  • Dia yang sedang dalam perjalanan pulang dari pasar Chhitpalgarh menaiki motosikal itu kemudian dibelasah dan dikenakan renjatan elektrik oleh pegawai polis berkenaan sebelum dibawa ke balai polis.
  • “Jika dia tidak memiliki lesen memandu, pihak berkuasa sepatutnya mengenakan denda atau mengambil tindakan mengikut Akta Kenderaan Bermotor”. – Abang mangsa, Mohsin.

Seorang remaja Muslim kritikal selepas diseksa dengan renjatan elektrik hanya kerana kesalahan tiada lesen memandu di India, demikian lapor Maktoob Media.

Mohammad Danish, 19, yang juga pelajar politeknik di Uttar Pradesh ditahan polis di Lebuhraya Ayodhya-Prayagraj pada 10 Mei lalu.

Dia yang sedang dalam perjalanan pulang dari pasar Chhitpalgarh menaiki motosikal itu kemudian dibelasah dan dikenakan renjatan elektrik oleh pegawai polis berkenaan sebelum dibawa ke balai polis.

Abangnya, Mohsin kemudian memfailkan laporan terhadap dua pegawai polis tidak didedahkan identiti dan Inspektor Ram Anuj Yadav di bawah Seksyen 323, 504 dan 308 Kanun Keseksaan di balai polis Delhupur.

Danish kini sedang dirawat sebuah hospital di Prayagraj dan pihak polis telah memulakan siasatan terhadap insiden itu.

“Jika dia tidak memiliki lesen memandu, pihak berkuasa sepatutnya mengenakan denda atau mengambil tindakan mengikut Akta Kenderaan Bermotor,” kata Mohsin.

“Bagaimanapun, daripada mengikut prosedur sewajarnya, mereka menderanya secara lisan. Menggunakan bahasa kesat terhadapnya adalah tidak wajar, tetapi kerana marah, konstabel terus menyerangnya secara fizikal”.

Mohsin berkata dia juga mendengar jeritan yang kuat ketika datang ke balai polis bersama beberapa peguam dan wartawan tempatan sejurus mendapat khabar mengenai Danish.

“Pada mulanya, mereka tidak membenarkan kami masuk tetapi sebaik sahaja saya memberitahu yang dia adalah adik saya, jeritan itu tiba-tiba berhenti. Kemudian pegawai polis membawanya keluar, mendakwa dia sedang pengsan.

“Apabila menghampirinya dan memeriksa badannya, saya melihat banyak kecederaan yang jelas. Saya bertanya sama ada mereka telah menderanya secara fizikal, tetapi mereka menafikannya”.

Susulan itu, seorang pegawai polis mengakui ada menampar Danish beberapa kali kerana kebiadabannya.

Namun Mohsin enggan percaya yang beberapa tamparan boleh menyebabkan kecederaan besar pada tubuh adiknya yang kurus selain pelbagai kesan pada wajah dan dada.

Pegawai polis itu bagaimanapun beredar tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Sumber: Maktoob Media

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending