Connect with us

Antarabangsa

Diupah RM576 bakar al-Quran, ribuan warga Chechen bantah insiden menghina umat Islam

Beribu-ribu orang di republik majoriti Islam Rusia, Chechnya, turun ke jalanan di ibu kota wilayah itu pada Selasa untuk berhimpun membantah pembakaran al-Quran baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Diupah RM576 bakar al-Quran, ribuan warga Chechen bantah insiden menghina umat Islam
Foto: Beribu-ribu orang di republik majoriti Islam Rusia, Chechnya, turun ke jalanan untuk berhimpun membantah pembakaran al-Quran baru-baru ini.
  • Beribu-ribu orang di republik majoriti Islam Rusia, Chechnya, turun ke jalanan di ibu kota wilayah itu pada Selasa untuk berhimpun membantah pembakaran al-Quran baru-baru ini.
  • Polis di bandar Volgograd di barat daya Rusia menahan Nikita Zhuravel, 19, selepas dia didakwa membakar naskhah al-Quran di hadapan masjid di bandar itu hujung minggu lalu.
  • Menurut laporan The Moscow Times, kes jenayah Nikita atas tuduhan menghina perasaan penganut agama itu diserahkan kepada penyiasat Chechnya.
  • Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, Nikita mengaku bertindak demikian (membakar al-Quran) sebagai pertukaran bagi bayaran 10,000 ruble (RM576) daripada agensi keselamatan Ukraine.

Beribu-ribu orang di republik majoriti Islam Rusia, Chechnya, turun ke jalanan di ibu kota wilayah itu pada Selasa untuk berhimpun membantah pembakaran al-Quran baru-baru ini.

Polis di bandar Volgograd di barat daya Rusia menahan Nikita Zhuravel, 19, selepas dia didakwa membakar naskhah al-Quran di hadapan masjid di bandar itu hujung minggu lalu.

Menurut laporan The Moscow Times, kes jenayah Nikita atas tuduhan menghina perasaan penganut agama itu diserahkan kepada penyiasat Chechnya.

Peguam dan aktivis memberi amaran keputusan memindahkan kes Nikita kepada penyiasat Chechnya itu meletakkannya dalam risiko penyiksaan atau kematian.

Ia berikutan sejarah panjang pelanggaran hak asasi manusia di Chechnya yang diperintah Ramzan Kadyrov.

Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, Nikita mengaku bertindak demikian (membakar al-Quran) sebagai pertukaran bagi bayaran 10,000-ruble (RM576) daripada agensi keselamatan Ukraine.

Pengakuannya itu bagaimanapun tidak dapat disahkan.

Kira-kira 10,000 penganut Islam dilaporkan mengambil bahagian dalam protes pada Selasa di Masjid Heart of Chechnya di tengah bandar Grozny.

Ketua mufti wilayah, Salah Mezhiev dalam perhimpunan bantahan itu menyifatkan pembakaran al-Quran sebagai “jenayah terhadap Islam, kemanusiaan, toleransi, tindakan melampaui semua batas moral dan etika”.

Sumber: The Moscow Times

Author