Terkini
Disangka corak daun, gambar tidak senonoh dicetak pada baju kanak-kanak
Seorang wanita mengadu di laman sosial Facebook mengenai baju tidur kanak-kanak yang dibelinya mengandungi cetakan tidak senonoh.

- Seorang wanita mengadu di laman sosial Facebook mengenai baju tidur kanak-kanak yang dibelinya mengandungi cetakan tidak senonoh.
- Pada mulanya, beliau menyangkakan cetakan pada baju tidur yang dibeli untuk anaknya itu adalah bercorak daun.
- “Anak balik pakai dia sendiri perasan gambar tak baik lah mama… Mama ingat corak daun berjalar masa di kedai…” – Pengguna Facebook, Anis Syahirah Anis.
- Beliau khuatir baju sedemikian akan merosakkan minda kanak-kanak.
Seorang wanita mengadu di laman sosial Facebook mengenai baju tidur kanak-kanak yang dibelinya mengandungi cetakan tidak senonoh.
Pada mulanya, beliau menyangkakan cetakan pada baju tidur yang dibeli untuk anaknya itu adalah bercorak daun.
Pengguna Facebook, Anis Syahirah Anis berkongsi gambar yang menunjukkan sehelai baju tidur kanak-kanak berwarna hitam yang bercetak garisan menyerupai wanita.
“Macam manalah kedai pakaian boleh jual corak ni… Saya beli di kl, pemborong pyjamas…” katanya dalam hantaran di FB pada 25 Mei lalu.
Wanita itu berkata beliau tidak menyedari corak tidak senonoh terbabit sehinggalah diberitahu anaknya.
“Anak balik pakai dia sendiri perasan gambar tak baik lah mama… Mama ingat corak daun berjalar masa di kedai,” katanya.
Katanya, baju sedemikian akan merosakkan minda kanak-kanak dan perlu dicegah sebelum berleluasa.
“Nasib ada sehelai lagi belum pakai ,nak bawa report nanti ke Bos kedai di KL….
“Tolonglah..jangan biar berleluasa… Bayangkan ni saiz pyjamas dari umur 1-12 tahun.. Apakah niat pengilang nak rosak minda kecil anak2,” katanya.
Sumber: Facebook Anis Syahirah Anis
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas