Connect with us

Terkini

DBP sebagai gedung budaya bagi pembinaan negara bertamadun – PM

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu dijadikan sebagai gedung budaya yang penting dalam pembinaan sebuah negara yang bertamadun.

Wartawan TMT

Published

on

DBP sebagai gedung budaya bagi pembinaan negara bertamadun – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu dijadikan sebagai gedung budaya yang penting dalam pembinaan sebuah negara yang bertamadun.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun ekonomi dan teknologi adalah dasar sesebuah negara, tetapi ia tidak boleh berkembang tanpa pembinaan tamadun, sebalik memerlukan kekuatan nilai, akhlak serta semangat karamah insaniah.
  • “Sebab itu DBP satu gedung yang penting dan saya berikan dokongan yang cukup kuat kepada DBP, baik penerbitan atau kegiatannya. Kita mahu lihat dalam bulan-bulan akan datang, DBP itu kembali sebagai gedung budaya yang hebat.
  • “Kerana ini, saya beri jaminan untuk kita angkat dan menyempurnakan semangat addabani rabbi fa ahsana ta’dibi (Tuhanku telah mendidikku, sehingga menjadikan baik pendidikanku),” kata Perdana Menteri ketika berucap menyempurnakan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia” yang dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH), Universiti Selangor (UNISEL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu dijadikan sebagai gedung budaya yang penting dalam pembinaan sebuah negara yang bertamadun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun ekonomi dan teknologi adalah dasar sesebuah negara, tetapi ia tidak boleh berkembang tanpa pembinaan tamadun, sebalik memerlukan kekuatan nilai, akhlak serta semangat karamah insaniah.

“Sebab itu DBP satu gedung yang penting dan saya berikan dokongan yang cukup kuat kepada DBP, baik penerbitan atau kegiatannya. Kita mahu lihat dalam bulan-bulan akan datang, DBP itu kembali sebagai gedung budaya yang hebat.

“Kerana ini, saya beri jaminan untuk kita angkat dan menyempurnakan semangat addabani rabbi fa ahsana ta’dibi (Tuhanku telah mendidikku, sehingga menjadikan baik pendidikanku),” kata Perdana Menteri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia” yang dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH), Universiti Selangor (UNISEL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini.

Berucap lanjut, Anwar berkata buku-buku yang dihasilkan oleh DBP mesti diwacanakan di sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Justeru, beliau mengarahkan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Seri Awang Sariyan dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk merangka usaha bagi memastikan perkara tersebut dapat direalisasikan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menambah semua pihak boleh menghormati dan memuliakan perbezaan pendapat tetapi ia wajar berdasarkan kekuatan ilmu dan bukan parti atau tokoh.

“Saya nak manfaatkan waktu ini untuk menyatakan bahawa untuk berkecimpung dalam gerakan dan mendokong semangat islah dan perubahan, serta mengangkat martabat negara bangsa dan Madani, ianya mesti berteraskan kepada keyakinan mendalam dan ilmu.

“Sebab itu dalam memahami Islam itu sendiri, kita bawa kupasan yang cukup luas daripada pandangan-pandangan tokoh gerakan Islam kepada pemikir-pemikir semasa,” ujar Perdana Menteri.

Sementara itu, Anwar berkata kerangka pemikiran yang disebut sebagai idea pendorong mampu menetapkan hala tuju keluarga, masyarakat, serta negara ke tahap yang lebih baik.

Sumber: Astro Awani

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending