Connect with us

Antarabangsa

Dana bantu pelarian Palestin semakin berkurang – UNRWA

Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan bahawa beberapa negara akan mengurangkan sokongan kewangan kepada organisasi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Dana bantu pelarian Palestin semakin berkurang – UNRWA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan bahawa beberapa negara akan mengurangkan sokongan kewangan kepada organisasi itu.
  • Jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna berkata, terdapat negara memaklumkan kepada UNRWA untuk mengurangkan sejumlah besar bantuan kewangan mereka.
  • Beliau berkata, pihaknya mewujudkan hubungan baharu dengan dermawan Arab, memandangkan keperluan pelarian semakin meningkat dan bilangan mereka juga bertambah.
  • Merujuk persidangan Jawatankuasa Penasihat yang akan berlangsung di Beirut, Lubnan bulan depan, Adnan menegaskan kepentingan penganjuran itu memandangkan ada kehadiran penderma serta negara tuan rumah.
  • Beliau menjelaskan, defisit kewangan yang dialami agensi PBB itu sangat besar dan membimbangkan.

GAZA – Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendedahkan bahawa beberapa negara akan mengurangkan sokongan kewangan kepada organisasi itu.

Jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna berkata, terdapat negara memaklumkan kepada UNRWA untuk mengurangkan sejumlah besar bantuan kewangan mereka.

Beliau berkata, pihaknya mewujudkan hubungan baharu dengan dermawan Arab, memandangkan keperluan pelarian semakin meningkat dan bilangan mereka juga bertambah.

Merujuk persidangan Jawatankuasa Penasihat yang akan berlangsung di Beirut, Lubnan bulan depan, Adnan menegaskan kepentingan penganjuran itu memandangkan ada kehadiran penderma serta negara tuan rumah.

Beliau menjelaskan, defisit kewangan yang dialami agensi PBB itu sangat besar dan membimbangkan.

Menurut Adnan, meskipun mendapat sokongan politik yang teguh dan pembaharuan mandat selama tiga tahun, jumlah sumbangan diperoleh semakin berkurang.

UNRWA diwujudkan pada tahun 1949 oleh PBB untuk berkhidmat kepada kira-kira 5.9 juta pelarian Palestin di Jordan, Lubnan, Syria, Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Selama bertahun-tahun, Israel menggesa agar UNRWA ditutup kerana ia adalah satu-satunya agensi PBB yang mempunyai mandat khusus untuk menjaga keperluan asas pelarian Palestin.

Rejim haram Israel telah menafikan hak rakyat Palestin sejak akhir 1940-an, walaupun keanggotaannya dalam PBB dibenarkan dengan syarat pelarian Palestin boleh pulang ke rumah dan tanah mereka.

UNRWA bergantung hampir sepenuhnya kepada sumbangan negara anggota PBB, sekali gus terdedah kepada kumpulan pro-Israel yang berpengaruh di pelbagai ibu kota utama.

Agensi itu menghadapi masalah kewangan yang teruk semasa Presiden AS, Donald Trump memerintah apabila pentadbirannya menghentikan sumbangan pada 2018.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) kemudiannya mengurangkan secara mendadak pembiayaan badan itu pada 2020 ketika negara itu mula menormalkan hubungan dengan pihak berkuasa pendudukan dan menandatangani ‘Abraham Accords’ pada September tahun sama.

UK juga mengurangkan separuh dananya untuk UNRWA, meskipun statusnya sebagai penderma keseluruhan ketiga terbesar kepada agensi tersebut pada 2020.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending