Connect with us

Teknologi

ChatGPT akan cetus revolusi industri pusat data – Pakar

Chatbot kecerdasan buatan (AI), ChatGPT bakal mencetuskan revolusi ke atas industri pusat data, kata seorang pakar.

Wartawan TMT

Published

on

ChatGPT akan cetus revolusi industri pusat data – Pakar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Chatbot kecerdasan buatan (AI), ChatGPT bakal mencetuskan revolusi ke atas industri pusat data, kata seorang pakar.
  • Naib Presiden Kanan GDS Services Ltd untuk perniagaan antarabangsa Jimmy Yu berkata perbezaan utama antara reka bentuk pengkomputeran awan semasa dan ChatGPT, serta kandungan yang dihasilkan kecerdasan buatan (AIGC) adalah reka bentuk pusat data.
  • “Ia membuka peluang kepada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand, di rantau ini, untuk mempunyai skala sumber yang lebih besar dari segi tanah, utiliti serta tenaga boleh diperbaharui,” katanya pada sesi panel bertajuk “Masa Depan Pusat Data Hijau” di Persidangan Rakan Kongsi Asia Pasifik Huawei 2023 di Shenzen, China, hari ini.

KUALA LUMPUR: Chatbot kecerdasan buatan (AI), ChatGPT bakal mencetuskan revolusi ke atas industri pusat data, kata seorang pakar.

Naib Presiden Kanan GDS Services Ltd untuk perniagaan antarabangsa Jimmy Yu berkata perbezaan utama antara reka bentuk pengkomputeran awan semasa dan ChatGPT, serta kandungan yang dihasilkan kecerdasan buatan (AIGC) adalah reka bentuk pusat data.

“Ia membuka peluang kepada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand, di rantau ini, untuk mempunyai skala sumber yang lebih besar dari segi tanah, utiliti serta tenaga boleh diperbaharui.

“Ini bukan semata-mata soal lokasi. Untuk penggunaan AIGC yang lebih besar, mana-mana syarikat hanya memerlukan sumber berskala dan sambungan internet yang ringkas,” katanya pada sesi panel bertajuk “Masa Depan Pusat Data Hijau” di Persidangan Rakan Kongsi Asia Pasifik Huawei 2023 di Shenzen, China, hari ini.

Persidangan hibrid dua hari itu akan berakhir esok (18 Mei).

“Dengan pembelajaran mesin AI, pengkomputeran akan terus berjalan. Anda hanya perlu memastikan ia berfungsi.

“Kami telah membina pusat data untuk penyedia perkhidmatan awan dan kami mungkin perlu memikirkan kaedah terkini bagaimana kami harus melakukannya untuk sektor baharu, terutamanya AIGC,” kata Yu.

Beliau juga berkata GDS Services, pemaju terkemuka dan pengendali pusat data berprestasi tinggi di China, telah menyaksikan banyak sektor pusat data berskala hiper bergerak ke sektor baharu seperti AIGC.

“Apabila industri ini benar-benar berkembang dan dengan lebih banyak penggunaan, kami akan melihat titik pertumbuhan yang lebih besar untuk industri kami,” tambah Yu. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

A.R. Khan

Published

on

Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’
Foto: Cermin Mata Pintar Ray-Ban Meta.

Meta Connect dengan kerjasama EssilorLuxottica pada 27 September lalu melancarkan koleksi cermin mata pintar Ray-Ban Meta generasi baharu.

Reka bentuk cermin mata pintar itu diberikan penambahbaikan yang jauh lebih baik berbanding keluaran generasi pertamanya dengan ciri-ciri yang tiada pada mana-mana cermin mata pintar sebelum ini. 

Cermin mata pintar itu bakal membebaskan tangan pengguna dari gangguan perlu memegang kamera tangan, membolehkan rakaman foto atau klip video dari sisi unik pengguna itu sendiri.

Selain itu cermin mata pintar itu juga membolehkan pengguna strim secara langsung dari cermin mata mereka ke Facebook atau Instagram. 

Pembesar suara serba baharu yang direka khas dengan bass lanjutan serta suara maksimum lebih tinggi dan ciri-ciri audio terarah yang membantu pengurangan kebocoran audio semasa menerima panggilan, mendengar muzik serta podcast walaupun dalam persekitaran yang bising atau berangin. 

Bagi kemudahan rakaman video, susunan lima mikrofon rekaan baharu diberikan untuk rakaman lebih baik, serta tangkapan bunyi lebih tepat seperti pengalaman asal pengguna, sama ada dari hadapan, dari sisi, belakang, malah di arah atas.

Kamera ultra lebar 12 MP baharu dengan kualiti yang dipertingkatkan untuk foto dan video rakaman 1080p sehingga 60 saat, selain ciri-ciri foto boleh dikongsi secara terus kepada rakan dan keluarga dari cermin mata pintar itu dengan arahan suara “hantar foto”.

 Meta lancarkan Ray-Ban Baharu ‘Cermin Mata Pintar Meta’

 

Ia bakal dilancarkan dengan harga $299 USD (RM1,410) dengan pembelian pra-tempahan kini boleh dilakukan di meta.com dan ray-ban.com.

Pembelian terus secara atas talian dan kedai fizikal pula akan bermula 17 Oktober depan di 15 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan seluruh Eropah.

Sumber: Meta

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending