Connect with us

Antarabangsa

AI boleh ‘rosakkan’ pilihan raya Presiden AS

Teknologi itu dibimbangi boleh memberi kesan besar terhadap senario politik di negara ini, termasuk pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada tahun depan.

Wartawan TMT

Published

on

AI boleh ‘rosakkan’ pilihan raya Presiden AS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan pemerhati politik Amerika Syarikat (AS) menzahirkan kebimbangan mengenai perkembangan pantas teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.
  • Teknologi itu dibimbangi boleh memberi kesan besar terhadap senario politik di negara ini, termasuk pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada tahun depan.
  • Pilihan raya presiden 2024 dijangka menjadi medium pilihan raya pertama di negara ini yang bakal menggunakan kelebihan teknologi AI.
  • Para calon boleh menggunakan teknologi AS dalam kempen masing-masing untuk meraih undi tanpa masyarakat menyedari sama ada maklumat yang disalurkan adalah benar atau sebaliknya.WASHINGTON: Kumpulan pemerhati politik Amerika Syarikat (AS) menzahirkan kebimbangan mengenai perkembangan pantas teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.

Teknologi itu dibimbangi boleh memberi kesan besar terhadap senario politik di negara ini, termasuk pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada tahun depan.

Pilihan raya presiden 2024 dijangka menjadi medium pilihan raya pertama di negara ini yang bakal menggunakan kelebihan teknologi AI.

Para calon boleh menggunakan teknologi AS dalam kempen masing-masing untuk meraih undi tanpa masyarakat menyedari sama ada maklumat yang disalurkan adalah benar atau sebaliknya.

Pakar teknologi memberi amaran, pihak tidak bertanggungjawab boleh menyalahgunakan teknologi tersebut untuk menyemai kebencian masyarakat terhadap politik di negara yang sudah pun tercemar sejak akhir-akhir ini.

Antara penyalahgunaan teknologi AI melibatkan ahli politik yang tular baru-baru ini adalah imej Donald Trump ditahan polis dan imej masa depan negara ini akan bertukar ‘gelap’ sekiranya Joe Biden sekali lagi terpilih sebagai Presiden AS.

Selain itu, beberapa imej lain termasuk situasi panik dalam Wall Street, China menyerang Taiwan, kumpulan pendatang memenuhi sempadan dan San Francisco ditadbir tentera berikutan peningkatan kadar jenayah melampau.

“Kesan AI akan mencerminkan nilai mereka yang menggunakannya. Pihak tidak bertanggungjawab menggunakan teknologi tersebut sebaik mungkin untuk mengelirukan orang ramai.

Advertisement

“Sehubungan itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan teknologi itu terkawal, termasuk media, syarikat penyedia teknologi dan masyarakat sendiri,” kata penganalisis politik, Joe Rospars. – AFP

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending