Antarabangsa
16 terbunuh akibat pertelagahan puak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 16 individu terbunuh dalam perbalahan terbaru berhubung pertikaian tanah antara dua puak sejak puluhan tahun di barat laut Pakistan.
- Sekurang-kurangnya 16 individu terbunuh dalam perbalahan terbaru berhubung pertikaian tanah antara dua puak sejak puluhan tahun di barat laut Pakistan.
- Menurut polis, puak Akhorwal melepaskan tembakan ke arah puak Suni Khel dari kawasan tinggi kelmarin, selepas puak Suni Khel menandakan sempadan di kawasan pergunungan Darra Adam Khel, kurang 100 kilometer (km) dari sempadan Afghanistan.
- “Kedua-dua puak dilengkapi senjata api berat, dan dalam tempoh beberapa minit, pertempuran ganas itu menyebabkan jumlah kematian yang tinggi,” kata pegawai kanan polis, Farhan Khan.
- Menurutnya, pertempuran itu berlaku susulan kegagalan majlis pimpinan puak dikenali sebagai jirga, mencapai jalan penyelesaian berhubung pertikaian antara mereka.
PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 16 individu terbunuh dalam perbalahan terbaru berhubung pertikaian tanah antara dua puak sejak puluhan tahun di barat laut Pakistan.
Menurut polis, puak Akhorwal melepaskan tembakan ke arah puak Suni Khel dari kawasan tinggi kelmarin, selepas puak Suni Khel menandakan sempadan di kawasan pergunungan Darra Adam Khel, kurang 100 kilometer (km) dari sempadan Afghanistan.
“Kedua-dua puak dilengkapi senjata api berat, dan dalam tempoh beberapa minit, pertempuran ganas itu menyebabkan jumlah kematian yang tinggi,” kata pegawai kanan polis, Farhan Khan.
Menurutnya, pertempuran itu berlaku susulan kegagalan majlis pimpinan puak dikenali sebagai jirga, mencapai jalan penyelesaian berhubung pertikaian antara mereka.
Sementara itu, jurucakap polis tempatan, Fazal Naeem, memaklumkan pertempuran itu menyebabkan 12 individu dari puak Suni Khel dan empat individu dari puak Akhorwal terbunuh, manakala empat lagi individu cedera.
Pergaduhan antara puak kerap berlaku di Pakistan, namun ia boleh bertukar ganas jika membabitkan penduduk di wilayah pergunungan di barat laut Pakistan di mana masyarakatnya terikat pada kod kehormatan.
Menurut polis, keadaan di kawasan Darra Adam Khel kini kembali terkawal sejak pertempuran itu selepas campur tangan jirga.
Sebelum ini, Darra Adam Khel berada di bawah Kawasan Puak Pentadbiran Persekutuan (FATA), wilayah separa autonomi di barat laut Pakistan, sebelum ia digabungkan dengan wilayah Khyber Pakhtunkhwa pada 2018, sekali gus kini berada di bawah perundangan dan pentadbiran kerajaan pusat.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
- Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
- Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
- “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
- Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.
Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan.
Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.
“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
Risiko itu termasuk mendedahkan aplikasi VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.
Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times
-
Terkini21 hours ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar
-
Terkini2 days ago
Suami wajib beri nafkah ikut kemampuan
-
Terkini24 hours ago
Anwar kata serbuan jam tangan berunsur LGBT keterlaluan, Fadhli sedia tarik balik pujian
-
Antarabangsa2 days ago
Himpunan pro-Palestin seluruh dunia, setahun genosid Israel di Gaza