Terkini
Tinggalkan produk jika ragui tiada status halal – JAKIM
Tidak semestinya sesuatu produk yang bukan pemegang sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah tidak halal.
- Tidak semestinya sesuatu produk yang bukan pemegang sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah tidak halal.
- Bahagian Hab Halal JAKIM menjelaskan, sesuatu makanan tidak boleh dihukum tidak halal melainkan jelas bukti haramnya.
- Sekiranya timbul keraguan atau syubhah terhadap sesuatu produk yang tiada pengesahan halal, maka sebaiknya ia ditinggalkan, kata Bahagian Hab Halal JAKIM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BANGI – Tidak semestinya sesuatu produk yang bukan pemegang sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah tidak halal.
Bahagian Hab Halal Jakim menjelaskan, sesuatu makanan tidak boleh dihukum tidak halal melainkan jelas bukti haramnya.
Justeru, sekiranya timbul keraguan atau syubhah terhadap sesuatu produk yang tiada pengesahan halal, maka sebaiknya ia ditinggalkan.
“Barisan admin page ini dan Bahagian Hab Halal Jakim sering kali menerima pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk.
“Acapkali apabila jawapan bukan pemegang sijil pengesahan halal diberikan, maka para netizen berlumba-lumba menyebarkannya dengan dakwaan ianya tidak halal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut kenyataan itu, dakwaan seumpama ini boleh menjurus kepada jalan yang mengundang kepada fitnah, perbalahan, perpecahan, pergaduhan dan salah faham sesama ummah.
“Bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia bukan bererti tidak halal.
“Menjadi pemegang sijil pengesahan halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban dan mengikut standard yang ditetapkan.
“Ayuh sebarkan info ini agar kita sama-sama dapat menutup jalan-jalan yang membawa kepada salah faham dan perbalahan tersebut,” katanya.
Sumber: Ismaweb
Terkini
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
- Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
- “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
- “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
- “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.
Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.
“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya