Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel menembak mati dua rakyat Palestin

Tentera Israel bunuh dua rakyat Palestin semalam ketika pertempuran di Tebing Barat, kata pegawai perubatan.

Published

on

Tentera Israel menembak mati dua rakyat Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel bunuh dua rakyat Palestin semalam ketika pertempuran di Tebing Barat, kata pegawai perubatan.
  • Tentera berkata, pihaknya menembak lelaki bersenjata itu kerana melepaskan tembakan ke arah mereka ketika menahan suspek berhubung serangan hendap pada bulan lalu.
  • Tentera Israel berkata penahanan dua suspek itu kerana mereka disyaki membantu seorang warga Palestin melakukan tembakan pada 25 Mac lalu di Tebing Barat sehingga mencederakan dua anggotanya.
  • Kenyataan tentera berkata pihaknya turut merampas kereta yang digunakan suspek dalam serangan itu.

RAMALLLAH: Tentera Israel bunuh dua rakyat Palestin semalam ketika pertempuran di Tebing Barat, kata pegawai perubatan.

Tentera berkata, pihaknya menembak lelaki bersenjata itu kerana melepaskan tembakan ke arah mereka ketika menahan suspek berhubung serangan hendap pada bulan lalu.

Tidak ada sebarang laporan mengenai kematian tentera Israel di Nablus, iaitu sebuah bandar yang menjadi tumpuan serbuan oleh penguatkuasa berkenaan.

Gabungan lelaki bersenjata Palestin yang aktif di Nablus serta wilayah Terbing Barat lain atau dikenali sebagai The Lion’s Den dalam Telegram memaklumkan pihaknya sedang memerangi anggota tentera.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak melaporkan mengenai dua kematian berkenaan.

Tentera Israel berkata, penahanan dua suspek itu kerana mereka disyaki membantu seorang warga Palestin melakukan tembakan pada 25 Mac lalu di Tebing Barat sehingga mencederakan dua anggotanya.

Kenyataan tentera berkata, pihaknya turut merampas kereta yang digunakan suspek dalam serangan itu.

Sumber: Berita Harian

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author