Connect with us

Terkini

Syed Saddiq dapat sementara pasport ke Switzerland, Korea Selatan

Mahkamah Tinggi, hari ini, membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi menghadiri persidangan antarabangsa di Switzerland dan Korea Selatan, bulan depan.

Wartawan TMT

Published

on

Syed Saddiq dapat sementara pasport ke Switzerland, Korea Selatan
Foto: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Mahkamah Tinggi, hari ini, membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi menghadiri persidangan antarabangsa di Switzerland dan Korea Selatan, bulan depan.
  • Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid, membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Peguam Bela Syed Saddiq, Lim Wei Jiet dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd ‘Afif Ali.
  • “Mahkamah membenarkan permohonan itu dan pasport perlu dipulangkan semula pada 20 Mei ini selepas Syed Saddiq pulang ke negara ini,” katanya.
  • Terdahulu, Wei Jiet berkata, permohonan itu bagi membolehkan Syed Saddiq, yang juga Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), ke Switzerland pada 1 hingga 6 Mei dan Korea Selatan dari 15 hingga 19 Mei.
  • Pada 22 Februari lalu, Syed Saddiq, 31, mula membela diri atas empat pertuduhan, termasuk bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dana RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu, selepas diperintahkan mahkamah pada 28 Oktober tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, hari ini, membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi menghadiri persidangan antarabangsa di Switzerland dan Korea Selatan, bulan depan.

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid, membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Peguam Bela Syed Saddiq, Lim Wei Jiet dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd ‘Afif Ali.

“Mahkamah membenarkan permohonan itu dan pasport perlu dipulangkan semula pada 20 Mei ini selepas Syed Saddiq pulang ke negara ini,” katanya.

Terdahulu, Wei Jiet berkata, permohonan itu bagi membolehkan Syed Saddiq, yang juga Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), ke Switzerland pada 1 hingga 6 Mei dan Korea Selatan dari 15 hingga 19 Mei.

“Pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan,” katanya.

Mohd ‘Afif kemudian mengesahkan tidak membantah perkara terbabit.

Mengikut afidavit diikrarkan Syed Saddiq pada 11 April lalu, Ahli Parlimen Muar itu mahu ke Switzerland untuk menghadiri dan berucap pada persidangan dasar dadah antarabangsa.

Syed Saddiq, 31, juga akan ke Korea Selatan bagi menghadiri dan berucap pada persidangan antarabangsa yang dianjurkan Centre for Asia Leadership iaitu Persidangan Kepimpinan Asia 2023.

Ia adalah persidangan antarabangsa tahunan utama Korea Selatan, yang mana lebih 350 pemimpin kerajaan, politik, perniagaan dan komuniti akan berbincang berkenaan penyelesaian isu mendesak dihadapi Asia pada hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu memerlukan pasport dalam masa terdekat untuk memohon visa bagi melawat dua negara itu.

Pada 22 Februari lalu, Syed Saddiq, 31, mula membela diri atas empat pertuduhan, termasuk bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari ARMADA BERSATU, Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dana RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu, selepas diperintahkan mahkamah pada 28 Oktober tahun lalu.

Azhar membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden MUDA terbabit.

Antara saksi yang dipanggil memberikan keterangan bagi pihak Ahli Parlimen Muar itu adalah bekas pegawai khasnya, Mohamed Amshar Aziz dan bekas Ketua Penerangan ARMADA, Ulya Aqamah Husamudin.

Pada 27 September tahun lalu, pendakwaan menutup kesnya selepas 30 saksi, termasuk ibu bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff, selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun tahun sama.

Selain pertuduhan bersubahat dengan Rafiq Hakim, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad, milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang terbabit.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang, masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya, hasil aktiviti haram.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending