Connect with us

Antarabangsa

Semakin ramai bukan Islam turut serta berpuasa di bulan Ramadan

Di tahun 2023 ini, bulan Ramadan bukanlah sesuatu yang asing bagi bukan penganut Islam di seluruh dunia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Semakin ramai bukan Islam turut serta berpuasa di bulan Ramadan
Foto: Alexander Sless.
  • Sejak beberapa tahun lalu, ramai individu yang bukan beragama Islam dilihat sudah mula untuk cuba berpuasa di bulan suci ini walaupun tidak berhasrat memeluk Islam.
  • Antara sebab ialah mereka ingin merasai sendiri pengalaman berpuasa, mempelajari lebih lanjut tentang Islam dan pemenuhan rohani yang diperlukan sepanjang Ramadan.
  • Ada juga terinspirasi untuk berpuasa kerana tinggal di negara dengan majoriti penduduk Islam dan untuk menyokong ibadah kenalan mereka yang beragama Islam.
  • Alexander Sless, 26 dari Texas sudah mula berpuasa di bulan Ramadan sejak tahun 2021.
  • “Saya benar-benar menyukai pengalaman itu kerana ia adalah disiplin yang baik, seolah-olah penyegaran semula untuk tahun ini,” – Alexander Sless.

Di tahun 2023 ini, bulan Ramadan bukanlah sesuatu yang asing bagi bukan penganut Islam di seluruh dunia.

Sejak beberapa tahun lalu, ramai individu bukan beragama Islam dilihat sudah mula untuk cuba berpuasa di bulan suci ini.

Memetik laporan Times, seorang jejaka berusia 26 tahun dari Texas, Alexander Sless sudah mula berpuasa di bulan Ramadan sejak tahun 2021.

Pada awalnya, Alexander dimaklumkan mengenai bulan Ramadan oleh salah seorang sahabatnya yang beragama Islam.

Alexander kemudian membuat satu video komedi berkenaan Ramadan dan memuat naik di laman Tiktoknya.

Video itu mendapat perhatian netizen yang mencadangkannya untuk mengikuti cabaran berpuasa.

Dia langsung bersetuju berbuat demikian dan mahu merakamkan pengalamannya itu.

Walaupun kini dia tidak membuat video seaktif tahun pertamanya berpuasa, Alexander tetap meneruskan amalan itu pada tahun-tahun berikutnya walaupun bukan secara penuh sebulan.

“Saya benar-benar menyukai pengalaman itu kerana ia adalah disiplin yang baik, seolah-olah penyegaran semula untuk tahun ini,” kata Alexander.

“Anda mempunyai 11 bulan untuk melakukan apa sahaja yang anda mahu dan ia merupakan pembersihan yang bagus”.

Katanya, amalan berpuasa ini sekurang-kurangnya menanamkan rasa akrab dan kefahaman besar tentang umat Islam mengenai pegangan mereka.

Di seluruh dunia, semakin ramai orang bukan Islam mula mendokumentasikan pengalaman mereka sendiri menyambut Ramadan.

Walaupun tidak berhasrat untuk memeluk Islam, mereka menyukai disiplin diri yang diterapkan dalam bulan Ramadan.

Antara sebab mereka berminat untuk turut berpuasa ialah untuk merasai sendiri pengalaman itu dan mempelajari lebih lanjut tentang Islam dan pemenuhan rohani yang diperlukan sepanjang Ramadan.

Selain itu, ada juga yang terinspirasi untuk berpuasa kerana tinggal di negara dengan majoriti penduduk Islam.

Tidak kurang juga yang ingin turut serta untuk menyokong ibadah kenalan mereka yang beragama Islam.

Sumber: Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *