Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel tutup wilayah Palestin selama tiga hari

Negara haram Israel menutup wilayah Palestin selama tiga hari bagi sambutan Hari Peringatan dan Hari Kemerdekaan, lapor agensi berita Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel tutup wilayah Palestin selama tiga hari
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Negara haram Israel menutup wilayah Palestin selama tiga hari bagi sambutan Hari Peringatan dan Hari Kemerdekaan.
  • Penutupan itu ditetapkan bermula 24 April jam 5 petang sehingga Rabu jam 11.59 malam.
  • Tentera Israel dalam kenyataan berkata, lintasan sempadan dengan Semenanjung Gaza juga akan ditutup.
  • Hari Peringatan disambut di negara haram Israel untuk semua anggota Israel yang terbunuh ketika operasi ketenteraan Israel.
  • Israel juga memperingati hari kebangsaanya, yang menandakan penubuhan negara haram itu di atas kejatuhan Palestin – yang dipanggil  sebagai ‘Hari Nakba’ bagi rakyat Palestin.

RAMALLAH, 29 Ramadan 1444H, Khamis – Negara haram Israel menutup wilayah Palestin selama tiga hari bagi sambutan Hari Peringatan dan Hari Kemerdekaan, lapor agensi berita Anadolu.

Penutupan itu ditetapkan bermula 24 April jam 5 petang sehingga Rabu jam 11.59 malam.

Tentera Israel dalam kenyataan berkata, lintasan sempadan dengan Semenanjung Gaza juga akan ditutup.

Katanya, lintasan itu bagaimanapun akan dibuka semula tertakluk pada penilaian situasi.

Menurut rejim, pengecualian kepada penutupan akan dibuat untuk kes kemanusiaan dan kes tertunggak lain.

Bagaimanapun rejim masih memerlukan kelulusan Kementerian Pertahanan kepada rakyat Palestin dikenali sebagai Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah (COGAT).

Hari Peringatan disambut di Israel untuk semua anggota Israel yang terbunuh ketika operasi ketenteraan Israel.

Israel juga memperingati hari kebangsaanya, yang menandakan penubuhan negara haram itu di atas kejatuhan Palestin – yang dipanggil  sebagai ‘Hari Nakba’ bagi rakyat Palestin.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang diduduki sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serangan berulang Israel ke bandar-bandar Palestin.

Menurut angka Palestin, lebih 100 rakyatnya terbunuh akibat serangan pengganas Israel sejak awal tahun ini. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *