Antarabangsa
Pelajar wanita Muslim dipaksa ikuti kelas renang dengan burkini
Pelajar beragama Islam di Stuyvesant High School New York City dipaksa memakai pakaian renang jenis burkini bagi menghadiri kelas renang di sekolah mereka.
- Pelajar beragama Islam di Stuyvesant High School New York City terpaksa memakai pakaian renang jenis burkini bagi menghadiri kelas renang.
- Sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan baharu itu, maka akan berdepan dengan risiko tidak dapat menamatkan pengajian kelak.
- Beberapa pelajar perempuan tidak berasa selesa memakai burkini di hadapan lawan jenis. – Penolong Pengetua Pendidikan Jasmani Sekolah, Brian Moran.
- “Pakaian renang akan melekat pada badan apabila anda meninggalkan kolam renang, jadi ia masih janggal,” kata salah seorang pelajar Muslim,16.
- “Agak tidak selesa pada mulanya kerana saya tidak biasa rapat dengan lelaki,” – Pelajar baru. Sarzil Chowdhury,14.
AMERIKA SYARIKAT – Pelajar beragama Islam di Stuyvesant High School New York City dipaksa memakai pakaian renang jenis burkini bagi menghadiri kelas renang di sekolah mereka.
Sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan baharu itu, maka akan berdepan dengan risiko tidak dapat menamatkan pengajian kelak.
Pelajar-pelajar terbabit memprotes dan terpaksa mempertaruhkan kesopanan mereka untuk memenuhi keperluan itu.
Mereka enggan menghadiri aktiviti kokurikulum itu, mengatakan lebih rela mengambil risiko digagalkan daripada menggadaikan kepercayaan mereka.
“Saya mengenali gadis-gadis yang baru sahaja gagal sekarang,” kata seorang pelajar tahun kedua kepada The New York Post.
Penolong Pengetua Pendidikan Jasmani Sekolah, Brian Moran berkata beberapa pelajar perempuan tidak berasa selesa memakai burkini di hadapan lawan jenis.
“Pakaian renang akan melekat pada badan apabila anda meninggalkan kolam renang, jadi ia masih janggal,” kata salah seorang pelajar Muslim,16.
Seorang lagi pelajar, Tasnim Chowdhury berkata dia tidak selesa berenang dengan kanak-kanak lelaki sebagai seorang Muslim dan ia sangat sukar baginya.
“Saya tidak percaya sekolah akan mengubahnya kerana ia telah menjadi bahagian asas Stuy, dan kini ia berubah secara tiba-tiba,” katanya.
Pelajar baru Sarzil Chowdhury, 14, pula berkata tdak begitu menyukai pakaian renang jenis burkini itu.
“Agak tidak selesa pada mulanya kerana saya tidak biasa rapat dengan lelaki,” katanya.
Sumber: Daily Mail