Connect with us

Terkini

Negara Islam perlu tamatkan normalisasi, lancar boikot penuh ke atas Israel – MAPIM

Pemimpin-pemimpin negara Islam di seluruh dunia diseru supaya mengutuk keras tindakan Israel yang sekali lagi telah melancarkan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis malam tadi.

Wartawan TMT

Published

on

Negara Islam perlu tamatkan normalisasi, lancar boikot penuh ke atas Israel – MAPIM
Foto: Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.
  • Pemimpin-pemimpin negara Islam di seluruh dunia diseru supaya mengutuk keras tindakan Israel yang sekali lagi telah melancarkan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis malam tadi.
  • Tidak boleh ada kompromi terhadap penghinaan telah dilakukan rejim zionis itu kerana tidak menghormati Masjid Al-Aqsa. – Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid
  • Masyarakat dunia mesti tangani serangan jenayah zionis Israel yang berterusan ke atas masjid dengan penguatkuasaan penuh undang-undang antarabangsa bagi sekat Israel daripada melakukan pencerobohan.
  • “Kami menyeru negara-negara Islam untuk melancarkan boikot penuh dan berpisah sepenuhnya dengan Israel. Kami juga menggesa pemimpin Islam untuk menamatkan sebarang bentuk normalisasi dengan Israel,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin negara Islam di seluruh dunia diseru supaya mengutuk keras tindakan Israel yang sekali lagi telah melancarkan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis malam tadi.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tidak boleh ada kompromi terhadap penghinaan yang telah dilakukan oleh rejim zionis itu kerana tidak menghormati Al-Aqsa.

Katanya, masyarakat dunia mesti menangani serangan jenayah zionis Israel yang berterusan ke atas masjid dengan penguatkuasaan penuh undang-undang antarabangsa bagi menyekat Israel daripada melakukan pencerobohan.

“Seperti yang dijangka, rejim zionis tidak akan berhenti mengerahkan pasukan penjajahnya di masjid Al Aqsa pada bulan Ramadhan.

“Malam tadi, sekali lagi serbuan kejam yang berulang oleh tentera biadab menyasarkan Musalla Qibli.

“Ketegangan di Masjid al-Aqsa baru-baru ini, semakin memuncak dari hari ke hari. Para jemaah sekali lagi menjadi sasaran tentera Israel yang menyerbu masuk ke dalam masjid.

“Rejim itu nampaknya bertekad untuk menyekat akses dan mengusir jemaah yang menuntut hak mereka untuk tinggal di masjid untuk melakukan iktikaf.

“Keadaan tegang semakin memuncak kerana terdapat rancangan untuk pencerobohan peneroka Israel dan pergolakan untuk upacara korban haiwan mulai esok,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, tentera Israel telah menyerang para jemaah dengan kejam sesuka hati dan setakat ini kira-kira 240 rakyat Palestin cedera dalam serangan itu dengan dua daripadanya parah.

“Kami menyeru negara-negara Islam untuk melancarkan boikot penuh dan berpisah sepenuhnya dengan Israel. Kami juga menggesa pemimpin Islam untuk menamatkan sebarang bentuk normalisasi dengan Israel.

“Tahap tertinggi tekanan antarabangsa mesti dikenakan ke atas Israel,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending