Connect with us

Terkini

Melayu Islam raikan kepelbagaian minoriti, tidak kacau kepercayaan agama lain

Masyarakat Melayu Islam tidak pernah mengganggu mana-mana agama dan kepercayaan yang pelbagai di negara ini, malah mereka memahami serta meraikan kelompok minoriti lain di Malaysia. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Melayu Islam raikan kepelbagaian minoriti, tidak kacau kepercayaan agama lain
Foto: Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • Masyarakat Melayu Islam tidak pernah mengganggu mana-mana agama dan kepercayaan yang pelbagai di negara ini.
  • Mereka memahami serta meraikan kepelbagaian kelompok minoriti lain di Malaysia. 
  • Kaum Melayu cukup menjaga sensitiviti semua kaum, namun segelintir kelompok minoriti tidak faham bahawa negara ini ‘bertuan’ dalam konteks penduduk asal, majoriti dan dominan. 
  • Kita tak pernah melihat pun orang Melayu mengajar kepercayaan orang lain dan sebagainya”. – Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • Tokoh ilmuan itu juga terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang seolah-olah mengecam kelompok Melayu Islam dengan mengingatkan mereka tidak merasa selesa dan angkuh dengan menganggap kelompok minoriti lain tidak boleh diraikan untuk hidup bersama dalam sebuah negara.

KUALA LUMPUR – Masyarakat Melayu Islam tidak pernah mengganggu mana-mana agama dan kepercayaan yang pelbagai di negara ini, malah mereka memahami serta meraikan kelompok minoriti lain di Malaysia. 

Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata kaum Melayu cukup menjaga sensitiviti semua kaum, namun segelintir kelompok minoriti tidak faham bahawa negara ini ‘bertuan’. 

“Walaupun meraikan kepelbagaian, kita harus ingat negara ini bertuan.. negara ini ada tuan.. maknanya ini negara Melayu Islam.

“Kita harus mengambil kira kelompok Melayu Islam itu sebagai kelompok asalnya, majoriti dan dominan. 

“Orang Melayu maknanya selalu memberi perhatian kepada hal kepelbagaian ini. Kita tak pernah melihat pun orang Melayu mengacau kepercayaan orang lain dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Ilmuan terkenal negara itu juga menasihati kaum minoriti lain agar tidak menuntut hak bahasa ibunda mereka di Malaysia.

“Kalau mereka fasih dalam bahasa ibunda dan tak fasih dalam bahasa negara, apa erti kepelbagaian itu.. Saya kira kepelbagaian ini harus dilihat semula, kira banyak tersasarlah.

“Secara peribadi, saya amat terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri yang semacam mengecam kelompok majoriti negara ini, yang sesungguhnya menerima kelompok minoriti dengan seadanya,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan agar masyarakat Melayu Islam di Malaysia diingatkan tidak terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap kelompok minoriti lain tidak boleh diraikan untuk hidup bersama dalam sebuah negara.

Menurutnya, prinsip saling menghormati dan meraikan serta memberikan hak kewarganegaraan kepada semua harus dititikberatkan dalam usaha memastikan kepentingan majoriti Melayu Muslim di Malaysia dijaga.

Beliau turut mengambil perbandingan dengan negara Kemboja yang majoriti penganut Buddha dapat meraikan dan memberikan penghormatan kepada golongan minoriti 10 peratus umat Islam di sana. –  The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *