Terkini
MBSB Bank tawar kemudahan Ihsan-i kepada pencarum KWSP
MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah, Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula esok.
- MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah, Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula esok.
- Bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dalam satu kenyataan berkata, kemudahan Ihsan-i bertujuan membantu ahli KWSP berusia 40 hingga 55 tahun, memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk dapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah ini dengan kadar kompetitif.
- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.
- “Ihsan-i oleh MBSB Bank berlandaskan syariah dan menggunapakai konsep Tawarruq. Antara kelebihan Ihsan-i adalah kadar keuntungan yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal,” katanya.
KUALA LUMPUR: MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) patuh syariah, Ihsan-i kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula esok.
Bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) itu dalam satu kenyataan berkata, kemudahan Ihsan-i yang disediakan itu bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh syariah ini dengan kadar kompetitif.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.
“Pemohon perlu membuat pembayaran ansuran bulanan sepanjang tempoh pembiayaan mengikut terma yang ditetapkan oleh pihak Bank.
“Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan sahaja.
“Ihsan-i oleh MBSB Bank berlandaskan syariah dan menggunapakai konsep Tawarruq. Antara kelebihan Ihsan-i adalah kadar keuntungan yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal,” katanya.
Tambah beliau, Ihsan-i juga akan memberi rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan Bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.
Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui laman sesawang www.fsa2mbsbbank.com bermula 7 April 2023.
Maklumat lanjut serta status permohonan boleh didapati di laman sesawang yang sama. Kelulusan pembiayaan adalah tertakluk kepada kelayakan pembiayaan dan kedudukan kredit para pemohon.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03 – 2083 7100 mulai 7 April 2023.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times