Antarabangsa
Lebih 500 kanak-kanak terbunuh dalam perang Rusia-Ukraine
Lebih 500 kanak-kanak terbunuh di Ukraine sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas negara itu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

- Lebih 500 kanak-kanak terbunuh di Ukraine sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas negara itu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
- “Sejak meningkatnya perang pada Februari 2022, sekurang-kurangnya 501 kanak-kanak telah terbunuh,” Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell di Twitter.
- Hampir 1,000 kanak-kanak telah cedera yang meninggalkan kesan luka dan parut sehingga boleh memberi kesan kepada diri mereka untuk seumur hidup.
KYIV, 13 Ramadan 1444H, Selasa – Lebih 500 kanak-kanak terbunuh di Ukraine sejak Russia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas negara itu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
“Satu lagi peristiwa tragis untuk kanak-kanak dan keluarga Ukraine.
“Sejak meningkatnya perang pada Februari 2022, sekurang-kurangnya 501 kanak-kanak telah terbunuh,” Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell di Twitter.
Beliau berkata, angka kematian sebenar kanak-kanak di Ukraine berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada angka yang disahkan oleh UNICEF.
Katanya, hampir 1,000 kanak-kanak telah cedera yang meninggalkan kesan luka dan parut sehingga boleh memberi kesan kepada diri mereka untuk seumur hidup.
”Di sebalik setiap nombor adalah keluarga yang terpisah dan berubah selama-lamanya, ia sangat menyayat hati.
”Akhirnya, kanak-kanak dan keluarga memerlukan ketenangan. Ia tidak boleh datang segera,” katanya.- Agensi
Sumber: Ismaweb
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS