Connect with us

Antarabangsa

Larangan wanita bekerja, Ketua wanita PBB kecam Taliban

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keputusan Taliban melarang wanita Afghanistan bekerja dengan pertubuhan itu di negara berkenaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Larangan wanita bekerja, Ketua wanita PBB kecam Taliban
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengarah Eksekutif Wanita PBB, Sima Bahous, turut mengesakan bahawa agensi antarabangsa itu mungkin tidak dapat meneruskan program bantuannya di Afghanistan.
  • “Wanita juga berhak menikmati hak asasi manusia yang tidak boleh diketepikan dan berpegang kepada asas seperti yang termaktub dalam Piagam PBB.
  • “Kami berdiri dalam solidariti penuh dengan rakan sekerja, dan semua wanita yang setiap hari mempertaruhkan nyawa mereka untuk berkhidmat kepada negara dan kami menyanjung tinggi dedikasi, profesionalisme dan keberanian mereka.
  • “Kami tidak akan menggantikan tenaga kerja wanita kami dengan lelaki,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keputusan Taliban melarang wanita Afghanistan bekerja dengan pertubuhan itu di negara berkenaan.

Pengarah Eksekutif Wanita PBB, Sima Bahous, turut mengesakan bahawa agensi antarabangsa itu mungkin tidak dapat meneruskan program bantuannya di Afghanistan.

“Wanita juga berhak menikmati hak asasi manusia yang tidak boleh diketepikan dan berpegang kepada asas seperti yang termaktub dalam Piagam PBB.

“Kami berdiri dalam solidariti penuh dengan rakan sekerja, dan semua wanita yang setiap hari mempertaruhkan nyawa mereka untuk berkhidmat kepada negara dan kami menyanjung tinggi dedikasi, profesionalisme dan keberanian mereka.

“Kami tidak akan menggantikan tenaga kerja wanita kami dengan lelaki,” katanya dalam satu kenyataan, pada sabtu.

Afghanistan kini dilanda krisis kemanusiaan di mana 28.3 juta orang, iaitu dua pertiga daripada penduduknya, memerlukan bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.

Pada masa sama, Bahous berkata hampir 25 peratus isi rumah di Afghanistan diketuai wanita.

Tambah beliau, wanita PBB bertekad untuk meneruskan pelbagai cara untuk menyampaikan perkhidmatan dan sokongan penting.

“Jadi, tiada wanita atau gadis akan terpinggir atau ketinggalan,” katanya.

Menurut Bahous lagi, larangan pekerja wanita mahir menyebabkan kurangnya akses terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan kepada perkhidmatan menyelamatkan nyawa yang kritikal.

Katanya, ia sekali gus meningkatkan risiko apabila mereka perlu mendapatkan bantuan daripada lelaki.

“Penafian pihak berkuasa de facto terhadap hak wanita dan kanak-kanak perempuan bagi pendidikan dan pembabitan dalam masyarakat serta ekonomi Afghanistan adalah suatu ‘luka’ yang ditimbulkan sendiri negara itu.

“Aspek pemulihan dan masa depan wanita serta gadis ini semakin teruk kerosakannya, di mana mereka hanya dikurung dalam rumah,” katanya.

Tambah beliau, Wanita PBB menyertai Setiausaha Agung pertubuhan itu, Antonio Guterres, dalam mendesak Taliban untuk segera membatalkan keputusan terbaru itu.

Katanya, Taliban perlu memansuhkan semua langkah yang menyekat hak wanita dan kanak-kanak perempuan untuk bekerja, mendapat pendidikan serta kebebasan bergerak.

Rabu lalu, Timbalan Setiausaha Agung PBB, Amina Mohammed, berkata badan dunia itu mengarahkan semua kakitangan negara Afghanistan sama ada lelaki dan wanita untuk tidak melaporkan diri di pejabat buat masa ini.

Namun, katanya, jawatan mereka itu dijamin tidak akan digantikan oleh lelaki.

Timbalan Wakil Khas Setiausaha Agung PBB untuk Afghanistan, Ramiz Alakbarov, berkata kakitangan kebangsaan pertubuhan itu di Afghanistan sama ada lelaki atau wanita, berada dalam solidariti.

“Kami tidak akan dipaksa berada dalam keadaan di mana semua pasukan kami adalah lelaki.

“Jadi, semua kakitangan akan melaporkan perkara ini ke pejabat bersama-sama,” katanya pada taklimat media di Ibu Pejabat PBB di New York melalui pautan video.

Alakbarov berkata, PBB sedang berusaha untuk mengembalikan keadaan seperti biasa supaya kakitangan kebangsaan pertubuhan itu boleh kembali bekerja.

Beliau berkata, gaji akan tetap dibayar walaupun mereka terpaksa tinggal di rumah.

PBB mempunyai kira-kira 3,900 kakitangan di Afghanistan, dengan lebih 3,300 daripada mereka adalah warganegara.

Daripada jumlah itu, terdapat kira-kira 400 wanita warga Afghanistan dan 200 wanita warga antarabangsa. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *