Connect with us

Antarabangsa

Kementerian Kesihatan Indonesia beri amaran vape ancaman serius kepada generasi muda

Kementerian Kesihatan Indonesia memberi amaran bahawa rokok elektronik atau vape boleh mendatangkan ancaman serius kepada generasi muda di negara itu.  

Wartawan TMT

Published

on

Kementerian Kesihatan Indonesia beri amaran vape ancaman serius kepada generasi muda
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit di kementerian kesihatan, Eva Susanti dalam sesi webinar bertajuk `Kolak Ketan 2023′.   
  • “Menghisap vape dilihat sebagai ancaman serius kepada golongan muda di Indonesia.”
  • “Rokok elektronik tidak selamat untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi nikotin dan perisa dalam bentuk aerosol yang dikatakan mempunyai tujuh ribu kesan negatif,” katanya.
  • Dalam pada itu, Eva berkata, propylene glycol ditemukan dalam rokok elektronik boleh menyebabkan kerengsaan mata dan paru-paru serta gangguan saluran pernafasan.

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia memberi amaran bahawa rokok elektronik atau vape boleh mendatangkan ancaman serius kepada generasi muda di negara itu.  

Perkara itu ditegaskan oleh Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit di kementerian kesihatan, Eva Susanti dalam sesi webinar bertajuk `Kolak Ketan 2023′.   

“Menghisap vape dilihat sebagai ancaman serius kepada golongan muda di Indonesia.

“Rokok elektronik tidak selamat untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi nikotin dan perisa dalam bentuk aerosol yang dikatakan mempunyai tujuh ribu kesan negatif,” katanya.

Dalam sesi webinar itu, Eva menegaskan rokok elektronik adalah sama bahaya dengan rokok konvensional.

Katanya, rokok elektronik merupakan peranti berkuasa bateri yang mampu menyalurkan nikotin dan perisa dalam bentuk aerosol.

Eva turut menekankan bahawa aerosol dihantar melalui rokok elektronik itu mengandungi bahan berbahaya.

Malah, jelas beliau, ia juga mengandungi logam berat karsinogenik seperti nikel, plumbum dan bahan kimia lain.

Dalam pada itu, Eva berkata, propylene glycol ditemukan dalam rokok elektronik boleh menyebabkan kerengsaan mata dan paru-paru serta gangguan saluran pernafasan.

Nikotin yang mempunyai kesan ketagihan boleh menyebabkan kemurungan, pening, kanser paru-paru, aterosklerosis dan kematian.

Nikotin juga boleh memberi kesan besar kepada perkembangan otak kanak-kanak dan remaja sehingga usia 25 tahun.

Malah, bahan kimia yang ada dalam ramuan perisa digunakan di dalam cecair vape iaitu diacetyl boleh menyebabkan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).  

“Jadi, adalah penting untuk menjauhkan diri daripada rokok elektronik kerana ia tidak baik untuk kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Eva meminta perokok dalam kalangan bawah umur menggunakan momentun Ramadan untuk berhenti menghisap rokok.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kes keganasan seksual berkaitan konflik naik 50 peratus pada 2023 – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.
  • Perkara itu menzahirkan kesan buruk ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam pertempuran konflik bersenjata.
  • “Ia merekodkan 3,688 kes keganasan seksual berkaitan konflik yang disahkan PBB yang berlaku sepanjang 2023, mencerminkan peningkatan dramatik sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan yang dipetik agensi berita Anadolu.
  • Patten turut menekankan mesyuarat majlis PBB itu diadakan “ketika perbelanjaan ketenteraan melonjak kepada lebih $2.2 trilion, manakala belanjawan bantuan kemanusiaan dikurangkan”.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menekankan lonjakan angka membimbangkan kes keganasan seksual berkaitan konflik di seluruh dunia.

Perkara itu menzahirkan kesan buruk ke atas wanita dan kanak-kanak yang terperangkap dalam pertempuran konflik bersenjata.

“Ia merekodkan 3,688 kes keganasan seksual berkaitan konflik yang disahkan PBB yang berlaku sepanjang 2023, mencerminkan peningkatan dramatik sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Wakil Khas PBB bagi Keganasan Seksual ketika Konflik, Pramila Patten pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai wanita, keamanan dan keselamatan yang dipetik agensi berita Anadolu.

Patten turut menekankan mesyuarat majlis PBB itu diadakan “ketika perbelanjaan ketenteraan melonjak kepada lebih $2.2 trilion, manakala belanjawan bantuan kemanusiaan dikurangkan”.

Beliau turut menggariskan kesan yang tidak seimbang berlaku terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Pada 2023, wanita dan kanak-kanak perempuan menyumbang 95% daripada kes yang disahkan, dengan 5% direkodkan terhadap lelaki dan kanak-kanak (lelaki),” katanya.

Duta Muhibbah Wanita PBB, Danai Gurira yang menyuarakan sentimen Patten, menonjolkan sifat meluas jenayah merentasi 25 situasi konflik di seluruh dunia.

“Tiada yang lebih berbahaya daripada jenayah yang tidak diakui, jenayah yang ghaib dan dibiarkan berterusan,” kata Gurira.

Dia menekankan keperluan tindakan segera, menunjukkan kekebalan yang sering dinikmati pelaku di kawasan konflik.

“Sebahagian besarnya masih dengan kos bebas merogol dalam kekacauan konflik,” keluhnya, menyeru langkah lebih kuat untuk mengakhiri budaya kekebalan ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending