Connect with us

Antarabangsa

Keluarga wanita Filipina meninggal dunia selepas disuntik vaksin COVID-19 terima AS$169,122

Keluarga seorang wanita warga Filipina yang meninggal dunia empat hari selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 diberi AS$169,122 di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP), kata Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.

Wartawan TMT

Published

on

Keluarga wanita Filipina meninggal dunia selepas disuntik vaksin COVID-19 terima AS$169,122
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keluarga seorang wanita warga Filipina meninggal dunia empat hari selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 diberi AS$169,122 di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP).
  • Ontal Charlene Vargas, meninggal dunia pada 13 Disember 2021 dan punca kematiannya adalah miokarditis atau keradangan jantung, mahkamah koroner.
  • MOH mengesahkan kes itu adalah kematian kedua berkaitan vaksinasi COVID-19 di Singapura.
  • “Panel menilai bahawa kematiannya mungkin berkaitan dengan vaksinasi COVID-19 dan bantuan kewangan sekali sahaja sebanyak AS$225,000 dihulurkan kepada keluarganya di Filipina,” – VIFAP.

SINGAPURA: Keluarga seorang wanita warga Filipina yang meninggal dunia empat hari selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 diberi AS$169,122 di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP), kata Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.

Ontal Charlene Vargas, 43, meninggal dunia pada 13 Disember 2021 dan punca kematiannya adalah miokarditis atau keradangan jantung, mahkamah koroner diberitahu pada Jumaat.

Koroner negeri, Adam Nakhoda mendapati bahawa berdasarkan imbangan kebarangkalian, ia berkemungkinan berkaitan dengan vaksinasi COVID-19.

MOH mengesahkan kes itu adalah kematian kedua berkaitan vaksinasi COVID-19 di Singapura.

Yang pertama membabitkan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun yang meninggal dunia akibat miokarditis pada 9 Julai 2021, kira-kira tiga minggu selepas menerima vaksin COVID-19.

VIFAP menyediakan ‘bantuan kewangan muhibah sekali’ kepada penerima vaksin COVID-19 di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, selaras dengan saranan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19, dan yang mengalami kesan sampingan serius dinilai berkaitan dengan vaksin yang diberikan di Singapura.

MOH berkata, keluarga Vargas juga sudah mengemukakan permohonan di bawah VIFAP pada Januari 2023, dan ia disemak oleh panel klinikal bebas.

“Panel menilai bahawa kematiannya mungkin berkaitan dengan vaksinasi COVID-19 dan bantuan kewangan sekali sahaja sebanyak AS$225,000 dihulurkan kepada keluarganya di Filipina,” kata kementerian itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending