Connect with us

Terkini

Jemaah haji perlu muat turun aplikasi Saudi Visa Bio

Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan visa untuk musim haji tahun ini, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).

Wartawan TMT

Published

on

Jemaah haji perlu muat turun aplikasi Saudi Visa Bio
Foto: Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
  • Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan visa untuk musim haji tahun ini, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).
  • Semua bakal jemaah haji digesa untuk memuat turun aplikasi berkenaan pada telefon pintar masing-masing menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store.
  • Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, aplikasi itu merangkumi empat proses mudah iaitu melengkapkan e-mel, memuatnaik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia, imbasan muka dan imbasan 10 jari (biometrik).

BANGI – Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan visa untuk musim haji tahun ini, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).

Sehubungan itu, semua bakal jemaah haji digesa untuk memuat turun aplikasi berkenaan pada telefon pintar masing-masing menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, aplikasi itu merangkumi empat proses mudah iaitu melengkapkan e-mel, memuatnaik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia, imbasan muka dan imbasan 10 jari (biometrik).

Beliau berkata, bakal jemaah haji akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi itu.

“Bakal haji juga diingatkan untuk terus menyerahkan pasport mereka kepada TH setelah mendapat pengesahan ini bagi TH memproses visa haji bakal haji berkenaan.

“Aplikasi Saudi Visa Bio merupakan satu lagi inovasi baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada musim haji tahun ini, bertujuan untuk memudahkan permohonan visa selain memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syed berkata, Malaysia adalah antara lapan negara terawal di dunia selain Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, United Kingdom, Tunisia dan Morocco yang dipilih untuk projek perintis ini.

Katanya, ini ekoran mengambil kira reputasi Malaysia sebagai antara pengendali haji terbaik dunia yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa dan kemudahan daripada kerajaan Arab Saudi.

“Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio ini, sila layari laman web rasmi www.tabunghaji.gov.my atau Media Sosial Rasmi TH.

“Sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919 untuk perkhidmatan TH yang lain,” katanya.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending