Connect with us

Terkini

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan akan bincang mengenai ramalan awal Aidilfitri

Ramalan Hari Raya Aidilfitri yang akan jatuh pada hari Jumaat, 21 April 2023 oleh ahli Astronomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Wartawan TMT

Published

on

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan akan bincang mengenai ramalan awal Aidilfitri
Foto: Datuk Mohd Naim Mokhtar.
  • Ramalan Hari Raya Aidilfitri yang akan jatuh pada hari Jumaat, 21 April 2023 oleh ahli Astronomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, perbincangan perlu dibuat demi memastikan Aidilfitri ‘mengejut’ tahun lalu  tidak berulang lagi.
  • “Seboleh-bolehnya kita nak elakkan apa yang berlaku pada tahun lepas berulang, supaya tidak terkejut, itu hasrat kita.
  • “Jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa fatwa dan sebagainya. Penentuan bila raya dan sebagainya itu terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jadi apa yang saya boleh nasihatkan kita bersabar,” katanya ketika sidang media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), hari ini.

PUTRAJAYA – Ramalan Hari Raya Aidilfitri yang akan jatuh pada hari Jumaat, 21 April 2023 oleh ahli Astronomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, perbincangan perlu dibuat demi memastikan Aidilfitri ‘mengejut’ tahun lalu tidak berulang lagi.

Walau bagaimanapun, Naim berkata, keputusan berkenaan di bawah bidang kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

“Seboleh-bolehnya kita nak elakkan apa yang berlaku pada tahun lepas berulang, supaya tidak terkejut, itu hasrat kita.

“Jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa fatwa dan sebagainya.

“Penentuan bila raya dan sebagainya itu terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jadi apa yang saya boleh nasihatkan kita bersabar,” katanya ketika sidang media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), hari ini.

Semalam The National News melaporkan Persatuan Astronomi Emirates (UAE) meramalkan Ramadan pada tahun ini akan berakhir pada 20 April bermaksud Aidilfitri pada Jumaat.

Sebelum ini, telah timbul spekulasi mengatakan Aidilfitri tahun ini sekali lagi disambut sehari sebelum yang dijangkakan.

Namun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan pada 31 Mac lalu meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi .

Ia kerana, pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri dibuat berdasarkan keputusan cerapan di 29 lokasi dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Ratusan penunjuk perasaan Jordan protes dan sekat trak barangan ke Israel

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan di Jordan menyekat trak barangan menuju ke Israel.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.
  • The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.
  • Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.
  • Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel, melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.
  • Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.

Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.

Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.

Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Jumaat lalu, sementara pasukan keselamatan Jordan menghalang protes di utara berhampiran sempadan Israel, penunjuk perasaan berarak dan duduk di atas jambatan bermula selepas solat Jumaat di Amman.

Protes itu dianjurkan himpunan organisasi di bawah naungan pasukan pembangkang Jordan yang dipanggil Forum Kebangsaan Menyokong Penentangan dan Gerakan Islam, lapor akhbar Al-Araby Al-Jadeed.

Slogan utama pemprotes ditujukan kepada kerajaan Jordan dan kerajaan Arab lain ialah: “Jambatan darat diperlukan untuk ke Gaza, bukan untuk zionis.”

Tiada kerajaan Arab terlibat dengan koridor darat Dubai-Haifa setakat ini mengulas secara terbuka berkaitan insiden itu.

Israel dilihat berminat untuk menonjolkan peranan laluan darat yang bakal membantunya mengelak ketegangan yang sedang berlaku di Laut Merah.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Khamis lalu muncul dalam sebuah video di Mundra, India, memberi penerangan bagaimana barangan kargo yang bakal melalui UAE, Arab Saudi dan Jordan akan selamat sampai di Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending