Connect with us

Antarabangsa

Israel tuduh Hamas lancar serangan roket dari selatan Lubnan

Tentera Israel menuduh kumpulan pejuang Palestin Hamas melancarkan puluhan serangan roket dari selatan Lubnan ke utara Israel, demikian lapor BBC.

Wartawan TMT

Published

on

israel-tuduh-hamas-lancar-serangan-roket-dari-selatan-lubnan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Israel menuduh kumpulan pejuang Palestin Hamas melancarkan puluhan serangan roket dari selatan Lubnan ke utara Israel.
  • Rejim mengatakan hampir 34 roket dipintas, namun enam roket terlepas dan menghentam wilayah Israel menyebabkan kerosakan pada bangunan.
  • Hamas mengatakan pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai siapa yang melepaskan peluru berpandu itu. 
  • Serangan itu merupakan serangan tunggal terbesar dari Lubnan dalam tempoh 17 tahun.

Tentera Israel menuduh kumpulan pejuang Palestin Hamas melancarkan puluhan serangan roket dari selatan Lubnan ke utara Israel, demikian lapor BBC.

Rejim mengatakan hampir 34 roket dipintas, namun enam roket terlepas dan menghentam wilayah Israel menyebabkan kerosakan pada bangunan.

Menurut anggota perubatan, seorang lelaki cedera ringan akibat terkena serpihan.

Hamas mengatakan pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai siapa yang melepaskan peluru berpandu itu. 

Serangan itu merupakan serangan tunggal terbesar dari Lubnan dalam tempoh 17 tahun.

Serangan roket itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang berlaku antara rejim Israel dan Palestin.

Terdahulu,  tindakan polis Israel menyerbu Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan membelasah jemaah mencetuskan konflik dengan penduduk Palestin sejak dua malam lalu.

Kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza yang dikawal Hamas juga melancarkan 25 roket ke Israel dalam tempoh sama dan Israel seperti lazimnya dilaporkan melakukan serangan balas udara.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka “sedang menyerang di Gaza” dan beberapa letupan kedengaran di Gaza, semalam.

Sumber: BBC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending