Connect with us

Terkini

Inflasi negara peringkat bulanan mulai turun

Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi di Malaysia turun kepada 3.4 peratus pada Mac 2023 dengan mata indeks pada 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama tahun lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Inflasi negara peringkat bulanan mulai turun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi di Malaysia turun kepada 3.4 peratus pada Mac 2023 dengan mata indeks pada 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama tahun lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
  • Peningkatan perlahan inflasi Malaysia pada bulan dikaji didorong terutamanya oleh penurunan harga Petrol tanpa plumbum RON97 yang meredakan inflasi kumpulan pengangkutan kepada 2.4 peratus. – Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
  • Beliau berkata ini selari dengan harga minyak mentah Brent yang berada pada paras AS$78.53 setong pada Mac 2023 berbanding AS$115.59 pada Mac 2022.
  • “Namun begitu, inflasi bagi makanan dan minuman bukan alkohol (6.9 peratus) dan restoran & hotel (7.2 peratus) masih kekal tinggi meskipun ianya lebih rendah berbanding Februari 2023.
  • ‘Nilai wajaran bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (29.5 peratus); Pengangkutan (14.6 peratus) dan Restoran & Hotel (2.9 peratus) merangkumi 47.0 peratus daripada jumlah wajaran keseluruhan IHP, yang mana akan memberi kesan signifikan pada kadar inflasi dan kos sara hidup rakyat,” katanya.

PUTRAJAYA: Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi di Malaysia turun kepada 3.4 peratus pada Mac 2023 dengan mata indeks pada 129.9 berbanding 125.6 pada bulan yang sama tahun lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan perlahan inflasi Malaysia pada bulan dikaji didorong terutamanya oleh penurunan harga Petrol tanpa plumbum RON97 yang meredakan inflasi kumpulan pengangkutan kepada 2.4 peratus.

Beliau berkata, ini selari dengan harga minyak mentah Brent yang berada pada paras AS$78.53 setong pada Mac 2023 berbanding AS$115.59 pada Mac 2022.

“Namun begitu, inflasi bagi makanan dan minuman bukan alkohol (6.9 peratus) dan restoran & hotel (7.2 peratus) masih kekal tinggi meskipun ianya lebih rendah berbanding Februari 2023.

‘Nilai wajaran bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (29.5 peratus); Pengangkutan (14.6 peratus) dan Restoran & Hotel (2.9 peratus) merangkumi 47.0 peratus daripada jumlah wajaran keseluruhan IHP, yang mana akan memberi kesan signifikan pada kadar inflasi dan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia pada Mac 2023 turut didorong oleh kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.1 peratus); Kesihatan (2.2 peratus) dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.1 peratus).

Ini diikuti oleh kumpulan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (1.9 peratus); Pendidikan (1.7 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (1.6 peratus); Minuman Alkohol & Tembakau (0.6 peratus) dan Pakaian & Kasut (0.5 peratus).

Manakala, kumpulan Komunikasi merekodkan negatif 1.4 peratus.”

Mohd Uzir berkata, daripada 230 item Makanan & Minuman, sebanyak 201 item (87.4 peratus) telah merekodkan kenaikan harga berbanding Mac 2022.

Beliau berkata, komponen makanan di rumah menyederhana kepada 5.6 peratus pada Mac 2023

berbanding 5.8 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Subkumpulan daging yang merangkumi daging ayam, daging lembu, daging babi, daging kambing, daging kerbau dan daging itik katanya terus mencatatkan peningkatan 9.2 peratus pada Mac 2023.

Daging ayam (46.1 peratus) katanya merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan daging mencatatkan kenaikan 8.7 peratus berbanding 8.0 peratus pada Februari 2023.

“Purata harga ayam standard di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM9.86 sekilogram berbanding RM8.93 sekilogram padan Mac 2022 (Februari 2023: RM9.76).

“Sementara itu, purata harga ayam standard di peringkat Malaysia meningkat kepada RM10.40 sekilogram berbanding RM9.47 sekilogram pada Mac 2022 (Februari 2023: RM10.33).

“Peningkatan pada subkumpulan daging turut didorong oleh peningkatan daging babi (30.7 peratus) dan daging itik (10.8 peratus),” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *