Connect with us

Antarabangsa

Hamas kutuk keras serangan kejam rejim zionis

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk keras serbuan ganas rejim Israel ke atas Bab al-Rahma, atau Gerbang Rahmat, di ruang ibadah Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Hamas kutuk keras serangan kejam rejim zionis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk keras serbuan ganas rejim Israel ke atas Bab al-Rahma, atau Gerbang Rahmat, di ruang ibadah Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
  • Rejim haram Israel merosakkan lekapan lampu dan sistem elektrik semasa serbuan pada hari Sabtu, iaitu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri setelah berakhirnya Ramadan.
  • Jurucakap Hamas, Hazim Qasim berkata, serbuan itu adalah kesinambungan perang Israel terhadap tapak suci di Baitulmaqdis.
  • Jurucakap Jihad Islam Tarek Silmi pula berkata, serbuan itu adalah satu lagi pencerobohan dalam perang ke atas Masjid al-Aqsa Israel.

TEBING BARAT – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk keras serbuan ganas rejim Israel ke atas Bab al-Rahma, atau Gerbang Rahmat, di ruang ibadah Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Rejim haram Israel merosakkan lekapan lampu dan sistem elektrik semasa serbuan pada hari Sabtu, iaitu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri setelah berakhirnya Ramadan.

Jurucakap Hamas, Hazim Qasim berkata, serbuan itu adalah kesinambungan perang Israel terhadap tapak suci di Baitulmaqdis.

Katanya, perjuangan untuk memelihara identiti Arab-Islam di Masjid al-Aqsa akan diteruskan tanpa goyah.

Jurucakap Jihad Islam Tarek Silmi pula berkata, serbuan itu adalah satu lagi pencerobohan dalam perang ke atas Masjid al-Aqsa Israel.

Beliau menegaskan, sebarang percubaan pentadbiran pendudukan Israel untuk menguasai masjid tidak akan berjaya.

Awal bulan ini, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid al-Aqsa dan mengusir secara paksa jemaah Islam sekali gus meningkatkan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.

Serbuan itu mencetuskan tembakan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan, manakala Israel bertindak balas dengan serangan udara.

Bagi umat Islam, al-Aqsa mewakili tapak ketiga paling suci di dunia. Orang Yahudi memanggil kawasan itu sebagai Gunung Kuil, mengatakan ia adalah tapak dua kuil Yahudi kuno.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada tahun 1980, satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.​​​​​​​​-Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending